Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Jadi Ditaja Taikun Judi?

Dr Mahathir telah melakukan satu perbuatan yang melampau, seolah-olah mengambil urusan Allah dan beliau sebagai manusia sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara itu.

“Manusia tidak berhak menentukan haji seseorang itu mabrur dan diterima Tuhan atau tidak. Allah yang tentukan haji itu sah atau tidak sah, apatah lagi rakyat tidak berdosa yang menerima tajaan (bantuan) daripada seorang Perdana Menteri, apakah ia (bantuan) tidak baik. Dia perlu sedar dalam bab syurga dan neraka ini bukan hak manusia, ia adalah hak mutlak Allah SWT,” kata Mufti Negeri Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Harussani berkata, tiada bukti jelas hingga ke hari ini yang menyatakan dana digunakan untuk tajaan jemaah terbabit diperoleh daripada sumber haram. Justeru, beliau meminta Dr Mahathir berhenti daripada membuat dakwaan selain membuktikan apa yang dikata itu dengan menyerahkan keterangan kepada pihak berkuasa.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika menyampaikan ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, baru-baru ini berkata, ibadat haji yang dilakukan menggunakan duit 1MDB tidak mabrur kerana wang tersebut berpunca daripada sumber yang haram. Sebelum ini, Dr Mahathir turut mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfaatkan jutaan rakyat sebagai rasuah dan haram diterima.

Mahathir & Islam Tidak Secocok

Berusia lebih dari 90 tahun tidak menandakan seseorang itu betul semua. Namun mungkin sudah terbiasa selama 22 merasakan dirinya semua betul, faham dan ‘maha’ dalam segala-galanya, maka dia pun bercakap dan menulis semahunya, seolah-olah dialah yang paling tahu dan betul semua.

Seperti biasa, dia sekali lagi cuba menegakkan benang yang basah. Kononnya, hanya mereka yang mahu ‘membodek’ saja yang akan menghalalkan wang yang dicuri. Dia cuba juga menetapkan ‘fatwa’ konon duit Yayasan 1MDB yang menghantar jemaah menunaikan haji itu ‘haram’.

Apakah yang bukti kukuh untuk dia mengharamkan duit itu sebagai haram?

Dari sudut perundangan, tidak ada satu pun mahkamah yang menjatuhkan hukum duit itu sebagai duit yang tidak sah dan haram. Jika ada, pastinya sudah lama akaun tersebut dibekukan, bukan?

Mufti Perlis Juga Tempelak Dakwaan Mahathir Berkenaan BR1M

Dari sudut agama lebih payah untuk dibuktikan. Apa bukti yang dia ada untuk membuktikan tindakan mencuri duit? Dia nampak dengan mata kepalanya? Sahihkah pandangannya itu? Apakah sahih dan benar faktanya? Bagaimana dan dari mana kesahihan yang dia peroleh?

Jika hanya bersandarkan mata yang ‘tua’ yang sudah ‘kabur’, apatah lagi kalau ‘rabun’, ia masih diragui. Apatah lagi faktanya datang bukan saja dari seorang fasik, malah kafir ‘made in Britain’. Malah jika bukti-bukti yang diketengahkan itu direka-reka kuffar, bolehkah ulama menjatuhkan hukum?


Baca juga: Mufti Perlis Juga Tempelak Dakwaan Mahathir Berkenaan BR1M
Baca juga: BR1M: Mahathir & Azmin Amnesia Atau Kebodohan?

Adalah tidak wajar mengharamkan yang halal. Islam mengecam mereka yang mengharamkan sesuatu yang halal. Malah Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan Imam Muslim pernah bersabda di dalam khutbah baginda;

“Ketahuilah, sesungguhnya Tuhanku memerintahkan padaku untuk mengajarkan kepadamu apa-apa yang kamu belum mengerti dari apa-apa yang Tuhanku telah mengajarkan kepadaku pada hariku ini. (Allah berfirman): “Setiap harta yang Aku berikan kepada hamba adalah halal, dan Aku ciptakan hamba-hamba-Ku ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta menyuruh (mempengaruhi) supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak menurunkan keterangan kepadanya”

Namun dia tetap dia. Penulis bukan seorang fuqaha’ dan bukan seorang ulama. Jika fatwa sahibussamahah Mufti-Mufti pun dia tolak dan mahu menangkan ‘fatwa’nya, apatah lagi hujah penulis yang hanya berpandukan secebis ilmu yang dikutip dari institusi pengajian tinggi, bukan?

Penulis harap dia bertaubat sebelum terlambat. Kita tidak minta, namun ketahuilah bahawa mati itu pasti. Sewajarnya dia kembali ke jalan yang benar dan terus hanyut tersasar dengan fahaman akal sendiri mencipta suatu hukum yang dia fikir kononnya ‘benar’. (Dipetik dari MYKMU – Mengharamkan Yang Halal)

Jadi kami ingin bertanya kepada Mahathir dan penyokongnya pula, halalkah majlis sambutan hari jadi, makan dan minum yang dihidangkan, hiburan dan persembahan luar biasa mewah yang ditaja oleh taikun judi? Bagaimana pula dengan pesawat persendirian dan pelbagai kemudahan lain yang juga ditaja oleh taikun judi?Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?