Mahathir Jangan Bohong Tajaan Haji Yayasan 1MDB

Mahathir Jangan Bohong Tajaan Haji Yayasan 1MDB

1MDB hari ini mempertahankan skim penajaannya untuk rakyat Malaysia menunaikan haji, sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir kerana berbohong mengenai syarikat milik negara itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berbohong mengenai 1MDB, kali ini berhubung tajaan program khas haji Yayasan 1MDB.

“1MDB mempunyai operasi perniagaan yang sah, sebelum ini dalam jana tenaga dan mutakhir ini, pembangunan hartanah. Dana daripada operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan dana seperti itu untuk menaja program khas haji,” kata 1MDB dalam kenyataan.

Ia merupakan respon pertama syarikat itu selepas Dr Mahathir mendakwa ibadat haji yang dibiaya wang 1MDB tidak boleh dianggap “mabrur” kerana ia wang yang “dicuri”.


Baca juga: Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Jadi Ditaja Taikun Judi?
Baca juga: Mahathir & Islam Tidak Secocok

Mahathir & Islam Tidak Secocok

Menurut 1MDB, selain program khas haji, yayasan itu turut menaja geran dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); geran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam, dana belia 1Malaysia dan dana Klinik Bergerak 1Malaysia.

“Sejak ditubuhkan pada 2010, Yayasan 1MDB menaja RM690 juta usaha murni di seluruh negara, melaksanakan 60 projek pendidikan, rawatan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat, yang memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat.”

Sebelum ini, kenyataan Dr Mahathir itu ditolak beberapa mufti negeri seperti Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan) dan Tan Sri Harussani Zakaria (Perak).

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

Susulan itu, Dr Mahathir semalam sekali lagi mempertahankan dakwaannya.

“Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil,” tulisnya dalam blog beliau.

Sumber: FMT