Mahathir Saja Layak Guna Jet Kerajaan Pergi Bercuti?

Mahathir Saja Layak Guna Jet Kerajaan Pergi Bercuti?

Seperti cacing kepanasan, Pemuda DAP tampil menyerang kembali artikel yang memuji dan berpandangan positif terhadap percutian Perdana Menteri sekeluarga baru-baru ini.

Dalam artikel yang dipetik dari luahan hati seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu, tindakan Najib Razak bercuti bersama keluarga adalah suatu detik untuk ‘membalas rasa rindu’ antara pemimpin nombor satu negara kepada seisi keluarganya.

Pemuda DAP melalui ketuanya, Wong Kah Woh membidas kononnya isu utama sekarang bukanlah mengenai percutian Perdana Menteri, sebaliknya isu jet kerajaan yang dikesan di beberapa lokasi di mana keluarganya sedang bercuti.

Ia juga rentetan daripada laporan portal propembangkang Malaysiakini yang sebelum ini melaporkan jet kerajaan 9M-NAA itu dikesan terbang merentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti di sana, berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial oleh anaknya, Norashman.

Mahathir Saja Layak Guna Jet Kerajaan Pergi Bercuti?

Isu ini sengaja dimanipulasi dan dimainkan dengan ‘penuh pekak dan buta’ walaupun bersiri-siri jawapan telah diberikan kepada penanya soalan tersebut.

Akta 237, Akta Ahli Parlimen (SARAAN) 1980 telah menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan (kabinet) dan Ahli Parlimen.

Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam dan luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Mahathir Saja Layak Guna Jet Kerajaan Pergi Bercuti?

Bagi anggota kabinet, bermula dari penyandang jawatan Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan berkenaan.

Tiket untuk dirinya dan beberapa orang anak akan ditanggung, termasuklah berkaitan penginapan, bil tertentu juga ditanggung kerajaan. Sama ada Anggota Kabinet berkenaan pergi bercuti mahupun tidak, mereka layak untuk menuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti.

Ia termasuklah penggunaan jet rasmi kerajaan khusus kepada Perdana Menteri. Modus operandi perkara demikian dibenarkan buat pemimpin negara itu adalah disebabkan berkaitan soal keselamatan kendiri, keluarga dan juga urusan kecemasan (jika ada).

Bayangkan sekiranya ketika sedang bercuti itu, negara kita mengalami detik kecemasan tahap tinggi atau merbahaya (sama ada dari segi fizikal mahupun ekonomi), maka Perdana Menteri yang sedang bercuti itu harus dibawa pulang segera oleh pihak Kerajaan.

Jika tiada pesawat khas Kerajaan mengiringgi Perdana Menteri waktu itu, adakah kita mengharapkan Perdana Menteri pergi menempah tiket kapal terbang komersial segera di lapangan terbang negara berkenaan?

Mahathir Saja Layak Guna Jet Kerajaan Pergi Bercuti

Untung jika ada pesawat dari negara yang sedang beliau bercuti itu untuk ke Malaysia, bayangkan jika tiada satu pun pesawat untuk ke Malaysia, berapa lama beliau harus tunggu di terminal kapal terbang untuk pulang?

Inilah antara sebab mengapa pihak Kerajaan menyediakan jet Kerajaan khusus kepada Perdana Menteri pergi bercuti. Lagi pun, ia tak melibatkan tempoh yang panjang, hanya beberapa hari sahaja seseorang pemimpin negara itu keluar negara bercuti.

Jangan sekadar menangguk di air keroh melalui isu ini. Jika Pakatan Pembangkang memerintah sekali pun, dasar dan akta serta peruntukan ini pastinya tidak akan mereka mansuhkan sama sekali.

Alang-alang Pakatan Pembangkang sekarang ini memiliki bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa, apa kata mereka lontarkan satu soalan tentang isu ini kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengar, adakah dia tak pernah menggunakan peruntukan tersebut selama 22 tahun memerintah dahulu?