Tiada Sebab Lagi Untuk Percaya 'Gurauan' Rafizi

Tiada Sebab Lagi Untuk Percaya ‘Gurauan’ Rafizi

Jika kita mencari nama Rafizi Ramli di media sosial, pastinya akan jumpa berderet-deret cerita Naib Presiden PKR itu ‘kantoi’ membuat fitnah dan berbohong. Sehinggakan ada dari kalangan pemain media sosial menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Fitnah’.

Pada 18 April 2015, Rafizi disaman fitnah bersama-sama pemilik saluran Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tohmahan kononnya, Perdana Menteri sengaja menaikkan harga minyak bagi membolehkan dan membiayai pembelian cincin untuk Datin Seri Rosmah Mansor.

5 Jun 2015, Rafizi menyatakan, segala fitnah, tohmahan dan cerita karutnya tentang cincin RM24 juta milik Rosmah itu hanyalah ‘gurauan’.

Pada Feburari 2016 pula, Rafizi memfitnah lagi dengan menghasut sehingga ramai pendeposit Tabung Haji mengeluarkan semua simpanan mereka. Katanya duit-duit tersebut akan ‘hilang’ selepas dilabur ke dalam projek 1MDB.

Rafizi Belum Puas Berbohong


Baca juga: Walaupun Raja Fitnah Telah Dihukum, Tapi Kerosakannya Kekal
Baca juga: Tak Serik Lagi Si Rafizi Tabur Fitnah

Walhal, dia sendiri akhirnya ‘menyapu’ keuntungan besar dividen kerana tidak mengeluarkan walau sesen pun wang simpanannya dari akaun Tabung Haji.

Tidak cukup memfitnah Barisan Nasional, Rafizi pada 20 Mei 2016 telah mendakwa ada unsur rasuah seks dan seleweng wang dalam Kerajaan Selangor pimpinan Mohamad Azmin Ali.

Sampai hari ini, Rafizi masih belum cerita habis bab skandal rasuah di ranjang itu.

Rafizi juga memfitnah tentang jet eksklusif Kerajaan Malaysia yang difitnahnya sebagai ‘Jet Peribadi Perdana Menteri’.

Dia juga berbohong tentang maklumat sulit perbankan yang menyebabkan ‘kerugian teruk’ buat National Feedlot Corporation Sdn Bhd ( NFCorp ), sekaligus Mahkamah memutuskan bahawa Rafizi seorang ‘pembohong dan pemfitnah’ pada dasarnya.

Walaupun Raja Fitnah Telah Dihukum, Tapi Kerosakannya Kekal

Terbaharu, wartawan portal pro pembangkang Malaysiakini iaitu Alyaa Azhar, Aidila Razak dan Nigel Aw sendiri membuat pengesahan fakta bahawa Rafizi sekali lagi memfitnah projek MRT.

Rafizi turut guna maklumat daripada blog WordPress tidak sahih bernama ‘Pedestrian Observation’ yang telah dibuktikan silap.


Baca juga: Malaysiakini Buktikan Rafizi Lebih Teruk Dari Hantu
Baca juga: Rafizi Akhiri 2016 Dengan Pendekatan ‘Syok Sendiri’

Tambah buruk lagi, Rafizi turut menggunakan maklumat secara berpilih melalui dua contoh paling murah daripada 25 contoh projek MRT seluruh dunia sebagai usahanya untuk menuduh kerajaan terlebih bayar dalam projek MRT Malaysia.

Bukan itu sahaja, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pun tidak terlepas untuk dijadikan bahan fitnah dan propaganda jahatnya.

Selepas Wan Azizah, Presiden partinya didapati bersalah memfitnah FELDA pada 18 Oktober 2014 dengan mengeluarkan dua artikel berbaur fitnah (‘Felda Bankrap’, yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan ‘Kontroversi’ serta ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010) dan didenda RM200 juta, agak lama PKR senyap dari isu FELDA.

Yang ada pun cuma pemimpin PAN iaitu Mazlan Aliman sahaja yang memainkan peranan menghasut dan memfitnah yang akhirnya mengakibatkan Mazlan didapati bersalah dan diisytihar muflis gara-gara gagal membayar denda yang diarahkan Mahkamah pada 30 November 2016.


Baca juga: Rafizi Belum Puas Berbohong
Baca juga: Rafizi Licik Diamkan Keuntungan Lebih Besar FELDA

Kini, selepas agak lama PKR sepi dari memfitnah FELDA, Rafizi kembali aktif pula menyerang FELDA dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Ye lah, siapa lagi yang ada pun.

Terbaru kenyataannya pada 5 Januari 2017 menuduh FELDA berhutang untuk memberi bonus peneroka.

Rafizi Licik Diamkan Keuntungan Lebih Besar FELDA

FELDA telah dengan tegas menyangkal tuduhan Rafizi malah menuntut kenyataan tersebut ditarik dan Rafizi turut dituntut untuk memohon maaf kepada FELDA dan seluruh warga peneroka FELDA.

Setelah semua ini, maka apa lagi alasan anda sekarang ini untuk terus mahu percaya dan merujuk kenyataan-kenyataan dari Rafizi? Apa yang telah terbukti, hampir semua kenyataan yang keluar dari orang bernama Rafizi ini adalah bersifat memfitnah, menuduh tanpa bukti, memanipulasi data dan berbohong.

Mungkin juga Rafizi sudah tahu nasibnya di masa depan, ‘he got nothing to lose’.

Dia mungkin tidak lagi layak bergelar calon dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, boleh jadi juga dia akan dipenjarakan dengan kesnya (OSA) yang dalam rayuan sekarang.

Jadi apa yang dia boleh lakukan saat ini melainkan hanya terus melontar persepsi jahat terhadap Barisan Nasional, agensi-agensi Kerajaan dan PM Najib Razak melalui kaedah propaganda Goebbels, Menteri Propaganda Nazi iaitu ‘pembunuhan karakter’.

Sumber: Felda Voice