Tony Pua Bantu Bawa Masuk Pelaburan Asing

Tony Pua Bantu Bawa Masuk Pelaburan Asing?

Pada pertengahan 2010, Tony Pua cuba mengambil kesempatan daripada kejatuhan pelaburan ekoran Kemelesetan Ekonomi Global untuk mendakwa angka bagi 2009 menunjukkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia sudah ‘mati’ dan menyalahkan menteri Barisan Nasional sebagai kerajaan tidak berguna. Beliau menunjukkan graf ini:

DAP kemudian mendakwa kejatuhan ini adalah satu ‘skandal’ dan ‘bukti’ kepada betapa kerajaan tidak boleh diharap.

Tony Pua turut menulis panjang lebar mengenainya dan menunjukkan beberapa carta (termasuk yang atas) dan ia menjadi satu isu besar: Foreign Direct Investments: What Happened to Malaysia?

Bagaimanapun, apa yang dibuktikan sejarah, pada tahun sama Tony Pua membuat tuduhan itu, FDI ke Malaysia mencatatkan rekod paling baik (rujuk carta di bawah).

Dan tidak, FDI ke Malaysia bukan bercambah kerana Tony Pua tetapi berikutan ransangan dan pengurusan baik ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

Malangnya, Tony Pua tidak pernah lagi bercakap mengenai ‘isu besar’ yang didakwanya pada 2010 atau mengakui dia salah atau memuji kerajaan kerana berjaya mencatatkan rekod FDI terbaik.

Ini hanya menunjukkan betapa tidak bergunanya puak pembangkang dan akan mengambil kesempatan terhadap apa jua isu untuk menyerang kerajaan, biarpun apa yang diutarakan tidak adil atau tidak benar.

Mengapa mereka menyalahkan kerajaan akibat daripada kemelesetan ekonomi global?