liew chin tong Baca Carta Pelaburan Pun Salah, Masih Mahu Negatifkan Ekonomi Malaysia

Baca Carta Pelaburan Pun Salah, Masih Mahu Negatifkan Ekonomi Malaysia

Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong telah meminta BN untuk berhenti menuduh pembangkang mensabotaj ekonomi dan mengatakan bahawa BN tidak boleh menyalahkan mereka kerana berfikiran negatif mengenai ekonomi.

Liew tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen BN Simpang Renggam Liang Teck Meng yang beliau kata sebagai mengulangi “mantra” Perdana Menteri Najib Razak semalam di Dewan Rakyat yang mendakwa bahawa pembangkang telah “mensabotaj” ekonomi dengan menyebarkan persepsi negatif.

Menurut Bernama, Liang berkata pembangkang menyebarkan propaganda bahawa Malaysia akan menjadi muflis sambil menuduh kerajaan menjual negara kepada China yang sedang membuat pelaburan di Malaysia.

Sebagai bukti mengapa Pakatan bersifat negatif mengenai ekonomi, DAP Liew menegaskan bahawa Ringgit lebih rendah kini.

Kenapa Malaysia Tidak Tambat Ringgit Seperti Tahun 1998

Hello Liew, semasa Ringgit kukuh dan nilainya meningkat 30% dari RM3.73 ke RM2.96 berbanding dollar sebelum PRU ke-13, anda juga berkata Malaysia akan bankrap.

Jika anda negatif, maka anda negatif. Berhenti memberi alasan apabila orang menyalahkan anda.

Dan kemudian Liew berkata satu lagi bukti bahawa Malaysia berada dalam masalah adalah kerana banyak GLC melabur ke luar negara juga.

Beliau menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Shahril Ridza dilaporkan berkata bulan lepas bahawa KWSP sedang mencari peluang pelaburan global untuk mengimbangi kesan pulangan yang lebih rendah daripada pasaran ekuiti tempatan.

Beliau juga menegaskan kepada Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pada Julai 2015 bahawa 44% daripada portfolio pelaburannya merupakan aset asing.

Dividen 5.7% Kerana KWSP Bermasalah?Dividen 5.7% Kerana KWSP Bermasalah?

Pertamanya, Liew tidak tahu bahawa asas aset KWSP adalah RM730 bilion kini. Permodalan pasaran, daripada keseluruhan Bursa atau nilai semua syarikat tersenarai di Malaysia adalah kira-kira RM2 trilion.

Jika KWSP meletakkan semua wang mereka dalam pasaran saham, mereka akan memiliki 33% dalam setiap satu syarikat di Malaysia. Ini bermakna pasaran Malaysia adalah terlalu kecil dan KWSP perlu mempelbagaikan pelaburan ke luar negara.

Diversifikasi adalah asas mengenai pelaburan – terutamanya untuk dana yang perlu memberikan pulangan yang stabil bagi menguruskan risiko. Kerugian di sini diseimbangkan oleh keuntungan di tempat lain – supaya ia tidak berubah dari kerugian besar ke keuntungan besar sepanjang masa.

Juga, majoriti pelaburan Khazanah di luar negara (selain daripada pegangan kecil mereka dalam Ali Baba di mana mereka telah membuat sehingga 6 kali ganda wang mereka) adalah dari pegangan mereka dalam syarikat-syarikat Malaysia seperti Axiata dan MBB yang mengamalkan strategi globalisasi untuk membeli syarikat yang saling melengkapi di seluruh dunia kerana pasaran kita sendiri seperti telekomunikasi dan perbankan sudah tepu.

Inilah cara bagaimana anda membangunkan syarikat bertaraf dunia di Malaysia.

Juga, angka 44% anda adalah salah. 85% daripada pelaburan Khazanah adalah dalam syarikat Malaysia. Hanya 15% adalah secara langsung dalam aset di luar negara – bukan 44%.

Hanya apabila anda mengambil kira syarikat-syarikat tempatan yang Khazanah laburkan yang mempunyai pelaburan di luar negara, baru ia akan menjadi 44% pendedahan luar negara (lihat carta).

Baca carta pelaburan Khazanah pun tidak betul tetapi Liew masih mahu bercakap sesuka hati.

Apa-apa pun, Liew tidak patut mengalih topik. Sama ada syarikat-syarikat kita melabur di luar negara atau tidak, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sikap negatif anda tentang semua pelaburan asing ke Malaysia.

Jika anda telah mensabotaj, maka anda telah mensabotaj. Berhenti berikan alasan apabila orang menyalahkan anda.

Oleh Lim Sian See