Langkawi Bangkit Semula Secara Mewah Dengan St Regis

Kebangkitan Langkawi Secara Mewah Dengan St Regis

Pada bulan Disember 2016, Majalah Vogue yang terkenal itu telah meletakkan Langkawi dalam senarai sepuluh destinasi global yang paling hangat untuk dilawati pada tahun 2017.

Ia berkata bahawa pembukaan Hotel St Regis Langkawi akan meletakkan negara ini dalam peta pelancongan.

Kebangkitan Langkawi Secara Mewah Dengan St Regis

Tatler, majalah golongan atasan Singapura juga memberi ulasan yang sangat positif dan berkata bahawa “Langkawi bangkit semula secara mewah dengan The St. Regis”. Ia berkata bahawa kini Langkawi adalah alternatif kepada Madagascar dan mengakhiri ulasan itu dengan mengatakan bahawa mereka akan menempah tiket dengan segera.

Pasaran pelancongan global yang mewah adalah sangat kompetitif dan St Regis Langkawi sememangnya telah membantu meningkatkan profil global Malaysia dan menarik pelancong yang banyak berbelanja.

Ini akan meningkatkan industri pelancongan negara kita – yang merupakan industri kedua terbesar kita, menyediakan peluang pekerjaan, merangsang pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.

Kebangkitan Langkawi Secara Mewah Dengan St Regis

Inilah sebabnya mengapa Kerajaan kita telah memilih untuk melabur dan membina hotel ini pada tahun 2013.

Walaupun Pakatan termasuk Rafizi Ramli terus menyerang dan mensabotaj hampir setiap projek yang Kerajaan sedang laksanakan untuk merangsang dan mengembangkan negara kita – ECRL, Pengerang, Forest City, Malacca Gateway, St Regis, Bandar Malaysia, TRX, Kerajaan terus melangkah ke hadapan dan membuktikan bahawa mereka salah berulang kali.

Kebangkitan Langkawi Secara Mewah Dengan St Regis