Kualiti Kehidupan: KL & JB Duduki Tempat Kedua & Ketiga di Asia Tenggara

Kualiti Kehidupan: KL & JB Duduki Tempat Kedua & Ketiga di Asia Tenggara

Kuala Lumpur telah menduduki tangga ke-2 di Asia Tenggara dalam ‘19th Annual Quality of Living Rankings for 2017’ oleh Mercer dan di tempat ke-86 daripada 231 bandar-bandar, di belakang Taipei yang berada dikedudukan ke-85.

Kualiti Kehidupan: KL & JB Duduki Tempat Kedua & Ketiga di Asia Tenggara

Kuala Lumpur

Johor Bahru berada di kedudukan ke-103 dan merupakan bandar ke-3 terbaik di Asia Tenggara.

Kualiti Kehidupan: KL & JB Duduki Tempat Kedua & Ketiga di Asia Tenggara

Johor Bahru

Singapura berada di kedudukan ke-25 di peringkat global. Bandar-bandar utama lain di kajian Quality of Living termasuklah Bangkok, yang berada di kedudukan ke-4 di rantau ini dan berada di kedudukan ke-131 di peringkat global, Manila berada di kedudukan ke-5 di Asia Tenggara dan berada di kedudukan ke-135 di peringkat global, dan Jakarta berada di kedudukan ke-6, dengan kedudukan ke-143 di peringkat global.

Bandar-bandar utama Asia yang lain termasuklah Hong Kong (kedudukan ke-71 di peringkat global), Seoul (76), Taipei (85), Shanghai (102) dan Beijing (119).

Lima bandar-bandar Jepun, sementara itu, mendahului kedudukan bagi Asia Timur. Ini termasuklah Tokyo (kedudukan ke-47 di peringkat global), Kobe (50), Yokohama (51), Osaka (60), dan Nagoya (63).

Kajian tahunan oleh firma perunding Mercer, yang digunakan oleh syarikat-syarikat multinasional untuk mencipta pakej ekspatriat, melihat kepada 10 kategori termasuk keadaan politik dan sosial, keadaan ekonomi, keadaan semula jadi, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

3 bandar-bandar terbaik di peringkat global bagi tahun 2017 adalah:
1. Vienna, Austria
2. Zurich, Switzerland
3 Auckland, New Zealand

Manakala 3 yang tercorot dalam senarai adalah:
229. Sana’a, Republik Yaman
230. Bangui, Republik Afrika Tengah
231. Baghdad, Iraq.

Pulau Pinang tidak berada di dalam senarai. Mungkin ekspatriat di seluruh dunia fikir ia tidak sebaik Baghdad dan Yaman kerana kehadiran Tokong dan fengshui yang buruk.

Kualiti Kehidupan: KL & JB Duduki Tempat Kedua & Ketiga di Asia Tenggara