chong chieng jen NUTP Kesal Kenyataan Biadap Ahli Parlimen DAP Kuching

NUTP Kesal Kenyataan Biadap Ahli Parlimen DAP Kuching

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) kesal DAP berpandangan guru agama “import” dan “pemikiran sempit” dari Malaysia Barat mengganggu keharmonian kaum di Sarawak.

Presiden Kamarozaman Abd Razak berkata kenyataan itu mengguris hati para guru kerana mereka dihantar ke sana untuk mengisi kekurangan tenaga pengajar di Sarawak.

NUTP Kesal Kenyataan Biadap Ahli Parlimen DAP Kuching

“Latihan guru agama mungkin berkurangan jadi mereka memerlukan guru. Tiada masalah (pemikiran sempit) di Semenanjung tetapi kenapa bila pergi Sabah dan Sarawak ada masalah?” katanya.

“Ini hanya persepsi untuk mengganggu-gugat budaya mengajar anak bangsa. Guru berkorban tiba-tiba orang kata begini,” tambahnya dipetik portal FMT.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat semalam berkata guru-guru pendidikan Islam dari Malaysia Barat “mencemarkan pemikiran anak muda generasi baharu Sarawak” dan “membawa falsafah dan pemikiran yang sempit dari Semenanjung ke Sarawak”.

chong chieng jen DAP Semakin Menonjol Bermusuhan Dengan Islam - Pemuda PAS

“Biarlah kita mengekalkan apa yang baik di Sarawak sepanjang masa ini iaitu keharmonian antara kaum,” kata Chieng Jen, yang juga pengerusi DAP Sarawak.

Kamarozaman bagaimanapun menyanggah kenyataan itu sebagai tidak tepat. Beliau menjelaskan para guru diberi kelulusan mengajar mengikut bidang kepakaran dan diiktiraf kementerian.

“Setiap guru agama mestilah ada kelulusan agama. Kalau tidak diiktiraf, macam saya tidak ada jurusan agama, saya tak boleh mengajar agama,” katanya.

“Kita desak wakil rakyat supaya memastikan hujah tepat dan bukan dari segi persepsi semata sebab ia akan menganggu penjawat awam yang bekerja untuk rakyat.”