Rupanya Singapura Yang Proses Minyak Mentah Negara Selama Ini

Rupanya Singapura Yang Proses Minyak Mentah Negara Selama Ini

Petronas digadai kepada Aramco? Hak cari gali minyak negara digadai kepada Aramco? Ini adalah FITNAH kerana Aramco TIDAK membeli Petronas seperti mana yang dituduh oleh sesetengah pihak.

RM31 bilion ialah 50% ekuiti dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja – iaitu CUMA SEBAHAGIAN daripada Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex – PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan hanya akan terlaksana pada tahun 2019.

Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan MEMBEKALKAN sehingga 70% daripada keperluan MINYAK MENTAH untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

DAP Berang Arab Saudi Labur Projek Yang Mereka Pernah Berjaya Sabotaj

Petronas dan negara kita akan mendapat banyak manfaat kerana pelaburan ini memberi JAMINAN bekalan minyak mentah untuk negara kerana Malaysia bukan pengeluar minyak mentah yang besar di dunia.

Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana PIPC mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

Aramco Tidak Beli Petronas Seperti Yang Dibohongkan

Ramai yang TIDAK MENYEDARI, Singapura adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan TERBESAR Asia dan KETIGA terbesar di dunia sejak berdekad lalu setelah mereka memanfaatkan Pengkalan Tentera Laut tinggalan British dulu.

Singapura TIDAK mempunyai setitisan minyak sendiri pun DAN yang menariknya bekalan minyak mentah dan gas tersebut sebahagiannya datang dari Malaysia.

Sekian lama, Singapura digelar sebagai “hab minyak di Asia”, dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapura. Gelaran ini membolehkan Singapura menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia, termasuk menarik ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.

Aramco Tidak Beli Petronas Seperti Yang Dibohongkan

Kerajaan menyedari kepincangan ini. Menerusi pembangunan PIPC dan perjanjian pelaburan dengan Aramco, selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas. Kekayaan yang selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi milik Malaysia dan membuka sehingga 8,000 peluang pekerjaan berpedapatan tinggi.

Melalui wawasan jauh Perdana Menteri Najib Razak, untuk tempoh masa tidak lama lagi Malaysia mampu menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang selama ini telah memberi keuntungan kepada negara lain.

Pembangunan PIPC ini jauh lebih bermakna daripada pembinaan jambatan bengkok, Litar F1 Sepang, KLCC, Dayabumi dan sejumlah projek mega lagi. Mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.

Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana selama 22 tahun, walaupun kononnya beliau sangat membenci dan bermusuhan dengan Singapura, tetapi beliau telah membenarkan Singapura mengaut keuntungan berbilion setahun hasil minyak negara.

Rupanya Singapura yang bekal petrol, diesel selama ini.

Sumber: JASA