Scorpene, Altantuya, Lynas, NFCorp & Sekarang 1MDB, Semua Bukti Pakatan Menipu

Scorpene, Altantuya, Lynas, NFCorp & Sekarang 1MDB, Semua Bukti Pakatan Menipu

Yang disebut di atas tu belum semua, ada lagi hal 40,000 Bangladesh, ‘blackout‘, Anwar jadi Perdana Menteri 16 September, Tabung Haji nak lingkup, EPF nak bankrap, Felda jual minyak sawit ke Israel dan sebagainya.  Ada yang dah diputuskan di Mahkamah, tidak kurang juga yang kekal sebagai contoh untuk diteladani generasi akan datang agar tidak mengundi Pakatan.

Pendek kata, 8 tahun kebelakangan ini – terutama setelah Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, tidak ada lain cara yang Pakatan gunakan untuk menjatuhkan BN melainkan dengan menipu rakyat.

Lepas satu, satu.  Cakap pasal penipuan oleh Rafizi sahaja (belum Anwar dan lain-lain lagi), boleh buat buku koleksi penipuan Pakatan atau drama pendek.  Kepesatan teknologi maklumat, disalah guna untuk tujuan yang membawa mudarat.

Propaganda Keji Untuk Sabotaj Ekonomi Viral Lagi

Sekarang, dengan bapa kepada segala penipu (dan U-turn), Mahathir, sudah sertai mereka, lagilah kes-kes menipu rakyat ini makin bertambah.  Saman tak saman bukan isunya, Mahathir sendiri dah saman berapa orang yang tuduh dia macam-macam?  Najib kurang-kurang, atas kapasiti peribadi dah saman berapa orang Pakatan, Rafizi, Nizar, Leong Sik antara yang dah kena.

Mahathir?  Satu pun tiada.

Tak cukup orang hidup, orang mati pun Pakatan tipukan juga seperti mana di Selangor.  Apa punya keji, orang mati pun kau nak tipu jugak ke?

Entah golongan gila macam mana pilih puak-puak ini sebagai kerajaan, seolah-olah memilih kerajaan ini kerja main-main.  Masa depan negara pun nak diperjudikan juga ke?  Berulang kali ditipu pun masih tidak  sedar diri.  Masih nak percaya Pakatan ini mampu tukar hidup jadi kaya dan bahagia?

Ingatlah, rezeki bukan dari Pakatan tapi Tuhan.