Mahathir & Berita Palsu Beliau Mengenai Malaysia

Mahathir & Berita Palsu Beliau Mengenai Malaysia

Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia telah dilabelkan sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia. Pada 24 Januari 2017, CNBC keluar dengan laporan menyebut sepuluh negara yang paling korup di dunia adalah seperti berikut:

Somalia, South Sudan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.

Ini Bukti Mahathir Perdana Menteri Paling Miskin

Baca juga: Mahathir Akhirnya Beri ‘Bukti’ Malaysia 10 Negara Paling Korup

The New York Times juga keluar dengan laporannya pada 9 Disember 2016 yang lebih kurang mengatakan perkara yang sama, sama juga oleh Independent UK pada 25 Januari 2017 dan Fortune.com pada hari yang sama. Bulan lalu, pada 14 Mac 2017, CheatSheet mengeluarkan senarai 15 negara yang paling korup di dunia dan masih Malaysia tidak ada di dalam senarai.

Lebih menariknya adalah kenyataan bahawa ranker.com keluarkan senarai negara-negara yang paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia tiada pun dalam 100 teratas. Jadi dari mana Mahathir mendapatkan fakta-fakta beliau? Adakah seseorang asyik memberinya berita palsu?

Oleh Salleh Said Keruak