Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia mengambil alih kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan tidak akan meneruskan peratusan semasa yang “tinggi”.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

“Kami sedar tentang kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Kita tidak akan mengenakan sebarang peratusan yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini menandakan satu pusingan-U oleh pakatan pembangkang, yang sebelum ini telah menegaskan bahawa ia akan menghapuskan GST jika mengambil alih Putrajaya.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Pakatan telah pun menganjurkan perhimpunan Mansuh-GST di KL April lalu.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Seawal Januari tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika ia mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 2015 juga mencadangkan bahawa gabungan itu akan mencadangkan untuk memansuhkan GST dalam Bajet Alternatif untuk 2016.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Dr Mahathir, pada majlis pelancaran PPBM pada awal tahun ini, telah juga mengisytiharkan bahawa jika pembangkang memenangi pilihan raya umum, GST akan dimansuhkan secara beransur-ansur dan digantikan dengan cukai jualan “mengikut kehendak rakyat.”

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

GST kini ditetapkan pada 6 peratus. Ia menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 10 peratus.

Sumber: NST