Pembohongan Besar: Tabung Haji, SRC, Putrajaya Perdana, Rafizi Ramli & Najib

Pembohongan Besar: Tabung Haji, SRC, Putrajaya Perdana, Rafizi Ramli & Najib

Ini bukan kali pertama Rafizi dengan berniat jahat cuba mengaitkan Perdana Menteri Najib, Tabung Haji dan SRC.

Serangan beliau sebelum ini telah menyebabkan lebih kurang 3,600 pendeposit mengeluarkan RM500 juta daripada Tabung Haji dan kehilangan tempat dalam senarai menunggu bagi menunaikan ibadah haji mereka. Ini akhirnya menyebabkan tindak balas besar terhadap Rafizi – kehilangan kepercayaan dan sokongan yang besar kerana kehidupan rakyat terjejas secara negatif. Tetapi ini tidak akan menghalang beliau daripada mencuba lagi.

Penyokong Rafizi Puji Analisis Cetek Beliau Berkenaan Tabung Haji

Tetapi, mari kita lihat dahulu dakwaan terkini yang Rafizi buat dalam dua entri blog terbarunya di sini dan hari ini:

  1. WANG PENCEN DARI SRC INTERNATIONAL DAN WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR JHO LOW
  2. TABUNG HAJI PERLU JELASKAN KENAPA SYARIKAT BERSEKUTUNYA TERIMA RM140 JUTA DANA SRC INTERNATIONAL SDN BHD
  3. Sebanyak RM170 juta disalurkan terus dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd, iaitu RM35 juta pada 8 Julai 2014, RM105 juta pada 14 Julai 2014 dan RM30 juta pada 8 Ogos 2014.
  4. Pada hari yang sama iaitu 8 Julai 2014, sebanyak RM34.99 juta dipindahkan dari Putra Perdana Construction Sdn Bhd kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebanyak RM27 juta) melalui sebuah lagi syarikat bernama Permai Binaraya Sdn Bhd.
  5. Jumlah RM140 juta yang diterima oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 kemudian dibayar kembali oleh Putra Development Sdn Bhd pada 12 Disember 2014 kepada SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

Dengan andaian (dan ini adalah andaian yang besar) semua data dan tuduhan Rafizi betul, maka perkara pertama yang anda perlu tahu adalah ini:

FAKTA 1: Najib bukan lembaga pengarah mahupun dalam pengurusan sama ada Tabung Haji, SRC International atau Putrajaya Perdana Bhd juga mana-mana anak syarikat mereka.

Juga, maklumat kedua anda perlu tahu ialah:

FAKTA 2: Teras perniagaan SRC International ADALAH untuk melabur dalam syarikat atau projek dan mendapat pulangan.

Mengetahui ini, tidak ada sebab dan perkara yang menyalahi undang-undang terhadap apa yang SRC International lakukan dalam menjalankan urusan perniagaan dengan Putrajaya Perdana Bhd.

FAKTA 3: SRC International dan syarikat-syarikat lain di Malaysia MEMANG melibatkan diri dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Petronas melakukan ini, Khazanah melakukan ini juga. Dan begitu juga dengan syarikat-syarikat awam yang tersenarai seperti Genting Bhd, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana membelanjakan RM190 juta dalam CSR pada beberapa yayasan pada tahun 2013.

Yang membawa kita seterusnya kepada ini:

FAKTA 4: Bahawa “akaun peribadi Najib” bukan akaun peribadi harian biasa. Malah, beliau tidak pun menguruskan akaun-akaun ini sendiri.

Tonton video ini di mana selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin telah mengakui sendiri bahawa akaun rahsia Presiden UMNO memang sentiasa ada malah wujud sejak dari dahulu lagi yang digunakan untuk tujuan parti.

Amalan ini dibenarkan di bawah perlembagaan UMNO sebagaimana Presiden UMNO memegang banyak kuasa budi bicara atas sebab kerahsiaan dan politik.

Dan ini adalah mengapa kita datang kepada:

FAKTA 5: Najib telah menerima sekurang-kurangnya US$200 juta (RM880 juta) daripada Arab Saudi terus ke dalam akaunnya di mana sekurang-kurangnya US$80 juta (RM352 juta) secara terus daripada Kementerian Kewangan, Arab Saudi.

Pada 1 September 2016, The Wall Street Journal (WSJ) akhirnya mengakui bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta yang masuk ke dalam akaun Najib datang daripada sumber-sumber Arab Saudi dan sekurang-kurangnya US$80 juta boleh dijejak semula terus ke Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Orang-orang Pakatan tidak akan menonjolkan ini dan anda mungkin tidak sedar pun tentang perkara ini bahawa terdapatnya pemindahan dana, yang juga telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi.

Mengapa Arab Saudi memberi wang kepada Najib? Ia adalah kerana Anwar Ibrahim dan kaitannya masa lalu dengan pengganas dan juga disebabkan oleh kepentingan Arab Saudi sendiri untuk menghentikan Arab Spring di sekitar negara jiran mereka yang berlangsung antara 2009-2014.

Adakah anda benar-benar fikir bahawa jika Najib telah berbohong tentang derma Arab Saudi, Raja Salman masih akan datang ke  Malaysia, begitu mesra dengan Najib dan melabur RM31 bilion di Malaysia pada Febuari 2017?

raja salman Najib Menang Satu Lagi Pusingan, Politik & Diplomatik - Akhbar Cina

FAKTA 6: Rafizi tidak berani menuduh bahawa Najib telah membelanjakan bagi tujuan peribadi sebarang jumlah daripada RM27 juta yang didakwa tetapi dibayar kepada 17 pihak termasuk yang didakwa kepada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Sekarang, kita tahu Nasharudin tidak lagi Timbalan Presiden PAS pada tahun 2011 dan hakikatnya, beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan PAS sebelum PRU-13 kerana beliau telah dipecat daripada majlis kepimpinan PAS. Beliau tidak bertanding semula kerusi Parlimen pada pilihan raya 2013.

Rafizi Tambah Koleksi Tipu & Fitnahnya Dengan Akuan Bersumpah & Nasharudin Mat Isa

Malah, Nasharudin kemudiannya mengasaskan sebuah NGO dipanggil Yayasan Nassar, yang menyatakan tujuannya sebagai:

Yayasan Nassar (“YN”) ditubuhkan untuk tujuan mengurus, mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan bantuan kerajaan bagi sekolah harian ataupun agama, kebudayaan, kebajikan dan sosial. Ini adalah untuk menjaga keharmonian agama, kebajikan serta sains social masyarakat setempat mahupun sejagat.

Ya! Untuk pendidikan, kebajikan dan keharmonian agama.

Ini boleh menjelaskan bahawa tuduhan Rafizi bahawa Nasharudin menerima wang daripada Najib pada tahun 2014 adalah salah. Berkemungkinan besar ia pergi kepada yayasan itu dan bukan kepada Nasharudin secara peribadi.

Ini adalah sebab mengapa Nasharudin telah menafikan menerima sebarang wang daripada Najib dan telah mengancam untuk menyaman Rafizi.

Juga, memandangkan Nasharudin telah pun ditendang keluar daripada kepimpinan PAS pada tahun 2013, dakwaan Rafizi bahawa wang Najib kepada Nasharudin digunakan untuk “membeli” PAS bagi “menyelindungi” 1MDB (yang hanya menjadi isu pada tahun 2015) dan menjadi mesra Najib adalah suatu fitnah besar-besaran.

Inilah sebabnya mengapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Rafizi adalah pembohong 300% dan menasihatinya supaya bertaubat.

Sekarang, kembali kepada Tabung Haji dan Putrajaya Perdana dan apa yang dipanggil “wang pencen”:

FAKTA 7:  Tiada WANG PENCEN atau wang Tabung Haji telah digunakan untuk membayar SRC International.

Hakikat ini sebenarnya yang terkandung dalam posting Rafizi sendiri di mana beliau menulis:

“Dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited dari Unity Capital Partners (Cayman) Limited. Kedua-dua syarikat tersebut iaitu Iskandar (Holdings) dan Unity Capital Partners.”

“Dalam bulan Disember 2014, seperti yang dilaporkan sendiri di laman web Putrajaya Perdana Berhad yang saya tunjukkan di atas, Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam Putrajaya Perdana Berhad dari Cendana Destini Sdn Bhd.”

Malah Rafizi turut menyiarkan grafik peristiwa penting ini.

Baiklah, Mac 2014 dan Disember 2014.

Tetapi Rafizi sendiri yang menyatakan urusan yang paling pertama sekali antara Putrajaya Perdana dengan SRC International hanya bermula pada bulan Julai 2014.

Dan juga, Rafizi sendiri berkata bahawa Tabung Haji hanya melabur untuk membeli 30% daripada Putrajaya Perdana Bhd pada bulan Disember 2014.

Adakah anda melihat betapa ‘sotongnya’ ini? Back to the future?

Putrajaya Perdana membeli syarikat-syarikat yang didakwa “berkaitan-Jho Low” pada bulan Mac dan urusan yang pertama sekali dengan SRC adalah pada Julai manakala Tabung Haji hanya muncul pada Disember 2014. Jadi, bagaimana boleh berlaku melibatkan mana-mana SRC atau wang Pencen atau Tabung Haji? Kembali ke masa depan?

Malah, syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low adalah syarikat-syarikat holding yang mempunyai 133 juta kaki persegi kawasan kasar yang akan dibangunkan di hab Medini Iskandar Malaysia, yang bernilai agak banyak sekarang.

Belum lagi mengambil kira bahawa Rafizi sendiri yang mendedahkan bahawa Putrajaya Perdana sudah menjadi syarikat yang menguntungkan walau pada tahun 2013, setahun sebelum semua urusan yang Rafizi dakwa dengan pendapatan sebanyak RM705 juta, aset semasa RM445 juta dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM62 juta.

Ringkasan kewangan Putrajaya Perdana Bhd FY2013 diambil dari blog Rafizi

FAKTA 8: Wang SRC bukanlah WANG PENCEN.

Tidak lagi. SRC International mungkin telah meminjam wang daripada KWAP tetapi wang ini dijamin dan keseluruhan pinjaman sedang diservis dengan baik dan tiada keingkaran bayaran.

Jadi, mengikut undang-undang ia bukan wang pencen sama sekali. Apa yang SRC International lakukan dengan wang dan keuntungan adalah terpulang kepada SRC dan tiada kaitan dengan KWAP.

Tambahan pula, sebagaimana Rafizi tegaskan, Putrajaya Perdana telah membayar balik RM140 juta, sebahagian besar daripada hasil perjanjian, kepada SRC International dalam tahun yang sama meninggalkan baki, yang telah sama ada dibayar semula kemudian atau bagi kerja yang dilakukan atau bagi CSR seperti disebut di atas, yang SRC berhak lakukan.

FAKTA 9: Putrajaya Perdana Bhd adalah sebuah syarikat yang disenaraikan. Tabung Haji tidak terlebih bayar untuk membeli kepentingan 30%.

Pada 31 Januari 2008, UBG yang ketika itu disenaraikan telah membeli 49% dalam Putrajaya Perdana Bhd untuk RM332 juta tunai atau 16.6 kali nisbah Price-to-Earnings (Nisbah PE). Ini bermakna penilaian 100% Putraja Perdana Bhd pada RM678 juta pada waktu itu.

Sebaliknya, apabila Tabung Haji membeli 30% daripada Putrajaya Perdana untuk apa yang Rafizi dakwa adalah RM193.5 juta, ia bermakna penilaian 100% Putraja Perdana Bhd adalah pada RM645 juta ketika itu – lebih rendah daripada pada tahun 2008.

Dan sebagaimana Rafizi sebelum ini menunjukkan bukti, walau pada tahun 2013 saja Putrajaya Perdana sudah mempunyai pendapatan sebanyak RM705 juta, aset semasa RM445 juta, keuntungan sebelum cukai sebanyak RM62 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM45 juta.

Tetapi selepas Tabung Haji membeli kepentingan itu, pada tahun 2015 Putrajaya Perdana lakukan lebih baik lagi.

Ringkasan kewangan Putrajaya Perdana Bhd FY2015

Dalam FY2015, hasil Putrajaya Perdana menjadi hampir dua kali ganda kepada RM1.2 bilion, jumlah aset telah hampir dua kali ganda kepada RM709 juta, keuntungan sebelum cukai kini RM80 juta dan keuntungan selepas cukai telah meningkat kepada RM57 juta.

Ini bermakna Tabung Haji telah membayar nisbah Price-to-Earnings (PE) sebelum pada 14.3 atau PE masa hadapan hanya 11.3 kali  – berbanding dengan 16.6 kali yang UBG bayar dalam tahun 2008.

Ini tidak dianggap dinilai terlebih (over-valued) jika anda bandingkan dengan syarikat pembinaan yang kini disenaraikan di Bursa di mana nisbah PE IJM Bhd adalah 27.28 kali atau Gamuda (20.14 kali) atau Binapuri Bhd (100.23 kali).

Malah, setakat pada 31 Oktober 2016, outstanding order book dan tender book Putrajaya Perdana berjumlah kira-kira RM1.25 bilion dan RM1.93 bilion, masing-masing.

Ini menunjukkan bahawa apabila Putrajaya Perdana Bhd akhirnya disenaraikan semula sebagaimana rancangan mereka, Tabung Haji akan membuat keuntungan yang agak baik dan sama sekali tidak kehilangan wang kepada Jho Low, Rafizi atau sesiapa sahaja.

Tabung Haji Nafi Ketidakupayaan Bayar Pendeposit

Seperti yang anda boleh lihat dari atas, begitu banyak tuduhan berniat jahat Rafizi terhadap SRC dan Tabung Haji dan Wang Pencen telah terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.

Mengapa anda mahu mempercayai seorang manusia yang malah pemimpin agama seperti Abdul Hadi Awang pun gelarkan pembohong 300%?

Yang membawa kita kepada fakta akhir untuk hari ini:

FAKTA 10:  Rafizi adalah pembohong bersiri yang disahkan oleh mahkamah dan tugasnya yang beliau sendiri akui adalah “untuk MENGHASUT rakyat setiap hari”. Jadi ada sebab yang sangat sedikit untuk mempercayai beliau.

Atau anda boleh tonton pengakuan beliau sendiri:

Sumber: Lim Sian See