ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

Setelah gagal dalam misinya untuk memburukkan Penaung PERMATA, DS Rosmah Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama telah mengubah haluan untuk menyerang pula projek East Cost Rail Link (ECRL).

ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

Yeo Bee Yin mempertikaikan kenapa projek landasan keretapi laju Pantai Timur ini tidak disambungkan terus ke Pelabuhan Klang.

ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

Persoalannya, beliau peduli apa sampai ke Pelabuhan Klang atau tidak?

Baca juga: ECRL: Yeo Bee Yin DAP Mahu Sabotaj Ekonomi Pantai Timur?

Tidak sampai sebulan hingga kenyataan terbaru itu dibuat, beliau sudah berubah fikiran. Bukankah sebelum ini beliau juga yang menghasut Kerajaan Negeri agar tidak memberi kerjasama dari segi kelulusan tanah kepada projek berkenaan. ADUN ini jenis muka tebal dan tak tahu malukah?

ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

ADUN DAP ini sememangnya tidak boleh dipercayai. Seperti mana dalam isu PERMATA, Yeo Bee Yin telah dibawa melawat ke Pusat PERMATA dan di akhir lawatan beliau memuji pusat berkenaan. Ini dilaporkan dalam kebanyakan media perdana termasuk portal pembangkang.

Selepas beberapa ketika, beliau kembali membuat kritikan kepada pusat berkenaan. Mungkinkah Rakyat Damansara Utama telah memilih ADUN yang mempunyai ‘split personality‘?

Dua hari lepas kita ada ADUN DAP yang ada dua kerakyatan. Apakah mungkin kita juga ada ADUN yang mempunyai dua personaliti? Masih ingat dengan cerita ‘Dr Jekyle and Mr Hyde‘?

ECRL: Yeo Bee Yin DAP Mahu Sabotaj Ekonomi Pantai Timur?

Bagaimanapun ini jawapan SPAD terhadap tuduhan Yeo Bee Yin laluan 60km di Selangor ‘hilang’.