Alkisah BR1M & GST

Alkisah BR1M & GST

Saya balik kampung baru-baru ini untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Selepas majlis singgah untuk minum di warung kopi dan berkesempatan duduk agak lama dan berborak ringan dengan beberapa pengunjung warung. Hari tersebut saya tertarik dengan seorang anak muda, umur dalam awal tiga puluhan. Beliau seorang pekebun kecil getah dan disamping membuat kerja-kerja biasa kampung yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan sebagai mata pencarian, bercakap tentang kesusahan yang dihadapi dan bagaimana GST menyebabkan barang-barang naik memburukkan lagi keadaan.

Orang Muda:
Susah sekarang ini dengan kerajaan mengenakan cukai GST kepada kita semua, orang kampung macam saya ini pun semua kena cukai, cukup tidak adil kerana dulu kita tidak bayar cukai apa apa pun, barang semua naik selepas cukai GST dilaksanakan. GST tidak kenal pendapatan kita yang tidak seberapa ini, hidup bertambah susah dengan peningkatan kos sara hidup ini disebabkan Kerajaan mengenakan cukai GST.

Saya:
Berapa pendapatan kawan dalam sebulan ?

Orang Muda:
Malu hendak cakaplah, tapi adalah lebih kurang RM2,500.00 purata sebulan agaknya, tak pernah kira pun, lagipun turun naik tidak menentu. Contohnya kalau hari itu saya dapat tangkap dan jual ikan patin atau jelawat dari sungai, lumayan lah saya pada hari itu.

Saya:
Sudah tentu kawan dapat BR1M kan kerana memang layak benarlah dapat.

Orang Muda:
Memang lah dapat, tapi mana ada cukupnya untuk menampung kenaikkan harga barang.

Saya:
Ada berapa orang dalam keluarga anda ?

Orang Muda:
Saya ada 2 anak, seorang masih bayi jadi empat orang lah dalam keluarga saya. Isteri tidak bekerja.

Saya:
Dalam sebulan berapa belanja digunakan untuk beli barang keperluan hidup awak sekeluarga?

Orang Muda:
Adalah lebih kurang RM2200 boleh jadi.

Saya:
Berapa pulak dari RM2,200 belian keperluan itu yang kena GST ?

Orang Muda:
Semua lah kena GST.

Saya:
Mana ada, kebanyakan keperluan asas setiap isi rumah tidak dikenakan GST. Kebanyakkan makanan harian tidak dikenakan GST.

Orang Muda:
Contoh ?

Saya:
Panjang lah senarai nya kalau hendak di senaraikan, tapi tak apa, mari kita tengok tengok makanan asas kehidupan kita dulu.

Semua jenis makanan ini tidak ada GST.

Haiwan hidup, daging segar dan beku termasuk daging lembu, kerbau, selembu, seladang, babi, kambing dan biri biri.

Ayam, itik dan semua jenis telur. Semua jenis Ikan segar dan beku. Semua jenis Udang termasuk Udang kara, ketam, sotong, kerang, lala, osyster dan semua jenis siput dan kerang dan timun laut.

Ikan masin, ikan kering termasuk ikan bilis.

Semua jenis sayur sayuran seperti tomato, bawang, kobis, lobak, timun ,semua jenis kekacang dan ubi, asparagus, cendawan, labu, ubi kentang, samada segar, didinginkan atau dalam air garam. Buah buahan segar tempatan atau diimport.

Semua rempah seperti asam jawa, cili kering , lada hitam, kayu manis, bunga cengkih, buah pala, kunyit dan halia. Kelapa dan kelapa parut.

Hah, letih lah hendak sebut sebab senarai panjang.

Orang Muda:
Beras?

Saya:
Ya, Padi dan semua jenis beras termasuk pulut, basmathi dan beras perang.

Semua jenis tepung, gandum, attar, tepung beras dan tepung sago

Kacang Dhal ,gula termasuk gula kasar , halus dan gula kastor.Garam , minyak masak sawit, kelapa dan minyak kacang tanah.Sos dan pes udang dan ikan.Serbuk kopi, teh dan koko. Bihun, mee tepung beras, mee kuning dan kway tiaw.

Roti putih dan roti penuh (wholemeal). Makanan formula untuk bayi seperti anak awak hingga umur 3 tahun. Apa apa lagi yang tuan beli sebagai perbelanjaan makanan selain diatas?

Orang Muda:
Macam cover semua aje dah.

Saya:
Ada lagi yang tidak dikenakan GST yang bukan makanan.

Orang Muda:
Ada ke?

Saya:
Ada. Berikut pula barang barang bukan makanan yang tidak dikenakan GST.

Semua jenis bahan bacaan dan suratkhabar termasuk buku kerja pelajar, encyclopedia, buku cerita, novel, buku resepi, buku rujukan untuk semua bidang ilmu, buku berkaitan agama dan suratkhabar.

Senarai Ubat-ubatan diluaskan senarai merangkumi sehingga 4,215 jenama.

Air yang dirawat dan bekalan letrik untuk 300 unit pertama tidak juga dikenakan GST.

Saya rasa cukup senarai tersebut untuk keperluan kehidupan biasa kita, sungguhpun ada lagi dalam senarai yang GST tidak dikenakan. Jadi saya hendak tanya dari RM2,200 perbelanjaan sebulan itu berapa yang awak agak yang kena GST? Ialah barang barang seperti pakaian, pergi tengok wayang, makan KFC, McDonald, beli komputer, notebook, iPad, telepon bimbit, makanan diproses dalam tin seperti sardin. Tak banyak kan?

Orang Muda:
Ya, dah tak banyak lah kena GST itu tengok pada senarai yang tuan bagi itu. Mungkin yang kena GST itu pembelian antara RM500 hingga RM800 sahaja?

Saya:
Tak apa, kita kira RM1000 lah sebulan yang tuan dikenakan GST. Senang kita kira. Jadi cukai GST 6% untuk RM1000 pembelian itu hanya RM60 sahaja. Jadi dalam setahun dua belas bulan hanya RM720 sahaja kan?

Orang Muda:
Ya betul.

Saya:
Berapa BR1M yang Kerajaan bagi kepada keluarga tuan setahun? RM1200 kan ? Jadi nya tuan ada baki BR1M lagi sebanyak RM1200 tolak RM720 ada lagi baki BR1M yang tuan terima sebanyak RM480 kan. Boleh membantu buat belanja persekolahan anak. Anak di sekolah pun layak terima bantuan tambahan RM100 kan?

Orang Muda:
Betul, betul. Kalau ikut penjelasan saudara ini , saya tak bayar apa apa cukai lah ye, GST pun tak kena , saya salah faham lah sebelum ini.

Saya:
Ya, betul. Begitu lah timbang rasanya Kerajaan untuk meringankan beban orang susah terutama kumpulan paling memerlukan seperti B40.

Kerajaan tahu kumpulan mana yang patut dibantu, BR1M inilah satu contoh dari apa yang dimaksudkan oleh Kerajaan sebagai menyediakan ” Social Safety Net ” kepada golongan yang memerlukan seperti keluarga tuan. Ini lah juga satu contoh bentuk subsidi yang sampai betul kepada golongan sasar bukan seperti subsidi untuk minyak dulu.

Orang Muda:
Terima kasih atas penjelasan awak, sekarang saya faham memang Kerajaan kita memang prihatin dan teliti dalam memastikan “subsidi” sampai ke golongan sasaran seperti saya. Saya akui, selama ini saya diberitahu BR1M tidak membantu untuk menangani kenaikan harga barang keperluan.

Saya:
Marilah kita mengucap Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah di atas rahmat yang dilimpahiNya untuk kita.

Orang Muda:
Ya, ya betul Syukur Alhamdulillah.

Oleh Engku Suhaimi