Bandar Malaysia Adalah Kunci Pada Visi Yang Lebih Besar

Bandar Malaysia Adalah Kunci Pada Visi Yang Lebih Besar

Sepanjang dekad yang lalu, Kuala Lumpur telah mengambil hak kedudukan sebagai sebuah ibukota terkemuka Asia. Ia adalah sebuah bandar yang menyatukan orang dari latar belakang, etnik dan budaya yang berbeza, yang mana menarik masuk pelancong dari seluruh dunia, dan berfungsi sebagai hab perniagaan serantau dan antarabangsa.

Ini adalah hasil daripada tumpuan tidak berbelah bahagi kita kepada pembangunan ekonomi, dan pelaburan yang besar yang telah kita buat ke atas seluruh infrastruktur dan pengangkutan, yang bersama-sama telah membawa kesan yang ketara ke atas Kuala Lumpur. Walaupun kita semua boleh berbangga dengan bandar ini hari ini, saya mempunyai visi yang lebih besar – sebuah bandar yang merupakan salah satu ibukota terkemuka dunia, memacu transformasi negara Malaysia ke hadapan.

Bandar Malaysia adalah kunci kepada ini.

Bandar Malaysia Adalah Kunci Pada Visi Yang Lebih Besar

Tapak pembangunan terbesar di Malaysia, dalam kedudukan strategik di ibu negara kita, ia akan menjadi sebuah pusat bandar baru bagi Kuala Lumpur – komuniti baru yang berkualiti bagi orang-orang muda dan keluarga untuk membina kehidupan, pusat baru yang berkembang maju untuk perniagaan besar dan kecil, dan destinasi baru yang menarik bagi mereka, termasuk pelancong, yang mahu menikmati seni, kebudayaan dan semua yang boleh ditawarkan Malaysia.

Bukan hanya pejabat dan menara kediaman, kita mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk pembangunan ekonomi dan pekerjaan yang cepat, termasuklah KL Internet City baru – hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia. Kita mahu mewujudkan pembangunan ikonik untuk memacu pelancongan. Dan kita ingin mencipta nukleus pengangkutan untuk Malaysia, dengan Bandar Malaysia menjadi tuan rumah keretapi laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan MRT, KTM Komuter, Airport Express Rail Link dan dua belas lebuh raya.

Memandangkan kepentingan projek ini, ia adalah penting bahawa Bandar Malaysia mempunyai kepimpinan, rakan kongsi dan struktur pemilikan yang betul untuk memastikan bahawa potensi penuhnya direalisasikan – untuk memenuhi kepentingan rakyat dan negara.

bandar malaysia 60% Untuk RM7.41 Bilion Atau 50% Untuk Projek RM43.5 Bilion, Mana Lebih Baik?

Untuk tujuan ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah – Ketua Setiausaha Perbendaharaan – sebagai Pengerusi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia. Beliau akan mengetuai pasukan dengan tanggungjawab keseluruhan untuk projek-projek ini dan pengewangan baki aset hartanah 1MDB. Selain itu, dalam usaha untuk memastikan bahawa negara dan rakyat mendapat manfaat sebanyak yang mungkin, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemilikan 100% Bandar Malaysia.

Dengan perkembangan ini, kerja-kerja Jawatankuasa Budiman – yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menyelia program rasionalisasi 1MDB – akan berakhir.

TRX City dan Bandar Malaysia sebentar lagi akan mengumumkan permintaan untuk cadangan (RFP), menjemput mereka yang berpotensi untuk peranan pemaju induk Bandar Malaysia. Bertentangan dengan beberapa laporan yang salah, penamatan perjanjian sebelum ini adalah muktamad, dan ia tidak akan dibuat semula. Proses pemilihan untuk pemaju utama akan melibatkan kriteria yang ketat, termasuk trek rekod yang terbukti, kelajuan penyampaian, penciptaan kandungan, dan keupayaan kewangan untuk menyempurnakan projek sebesar ini. Nilai yang tertinggi yang mungkin boleh dicapai akan dicari untuk memastikan bahawa tawaran terbaik untuk pembayar cukai diperolehi.

Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa, di bawah kepimpinan Tan Sri Irwan, prospek dan pembangunan Bandar Malaysia akan pergi berjalan dengan lancar dan berjaya.

Oleh Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia.