Biar GLC Bangunkan Bandar Malaysia? Nanti Tony Pua Kata 'Bail Out' Pula

Biar GLC Bangunkan Bandar Malaysia? Nanti Tony Pua Kata ‘Bail Out’ Pula

Hari ini, YB Tony Pua DAP mengeluarkan satu lagi kenyataan mengatakan bahawa Malaysia tidak perlu “mengemis” pemaju dari China untuk membangunkan Bandar Malaysia kerana Malaysia juga mempunyai ramai pemaju bertaraf antarabangsa.

Biar GLC Bangunkan Bandar Malaysia? Nanti Tony Pua Kata 'Bail Out' Pula

Tony menyebut bahawa konsortium SP Setia, Sime Darby dan KWSP yang sama yang membangunkan projek Battersea di UK sebaliknya perlu diberi peluang untuk melakukan kerja tersebut.

Walau bagaimanapun, SP Setia dan Sime Darby adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Jika Bandar Malaysia dijual kepada konsortium yang sama, orang-orang Pakatan dan Tony Pua akan menjadi golongan pertama yang mengkritik dan menuduh bahawa ini adalah rancangan kerajaan untuk “bail-out” 1MDB.

Tidak akan ada pengakhiran – sama seperti bagaimana Tabung Haji pada mulanya dikritik teruk oleh mereka apabila Tabung Haji membeli sebidang tanah di TRX di bawah harga pasaran berbanding pembeli lain.

tony pua Hutang 1MDB, Ringgit & Ekonomi

Dalam kes Wanda, ia membawa masuk nilai tambah baru yang orang lain tidak memilikinya. Wanda sudah dikenali sebagai pengendali taman tema utama dan merupakan pengendali terbesar jenama hiburan di China.

Wanda juga memiliki kumpulan Legendary Entertainment di Amerika Syarikat – pengeluar filem seperti Superman, Batman/Dark Knight, 300, Jurassic World, Kong Skull Island, Inception, Interstellar and Pacific Rim.

Pelaburan taman tema adalah besar dan sukar untuk membuat keuntungan – menjadikan ia satu pelaburan yang berisiko tetapi peningkatan sektor pelancongan adalah besar untuk negara. Jadi, Kerajaan seolah-olah membiarkan Wanda mengambil risiko dalam masa yang sama kita mendapat manfaat daripada sumber penghasilan.

Selain itu, Wanda dihadkn untuk menggunakan hanya 50% daripada tanah Bandar Malaysia, yang bermaksud masih ada ruang untuk pemaju tempatan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ini.

Pelaburan Wanda juga akan membantu meningkatkan daya tarikan bagi projek ini di bawah pemaju tempatan.

Tugas Tony Pua Adalah Mengkritik Segalanya Supaya Beliau Tidak Dilupakan

Tony Pua DAP mengkritik kerajaan pada Disember 2015 kerana menandatangani penjualan kepentingan pembangunan Bandar Malaysia.

Tony Pua kemudian mengkritik kerajaan selama dua minggu kerana membatalkan penjualan dan membuat berbagai tuduhan.

Hari ini, Tony Pua mengkritik kerajaan kerana masih belum lagi memuktamadkan penjualan dalam menjual kepentingan pembangunan Bandar Malaysia kepada kumpulan Wanda.

Apabila jualan akhirnya diumumkan, jangkakan Tony Pua akan mengkritik kerajaan kerana menjual kepentingan dalam Bandar Malaysia lagi.

Tony Pua telah sekali lagi mengkritik Malaysia kerana berunding dengan Wanda dari China untuk mengambil kepentingan dalam Bandar Malaysia dan sebaliknya mahu Sime Darby, SP Setia dan konsortium KWSP.

Tetapi jika Sime Darby, SP Setia dan konsortium KWSP mengambil alih projek Bandar Malaysia, Tony Pua pasti akan mengkritik Kerajaan sekali lagi dan mendakwa ia adalah rancangan Kerajaan untuk “bail-out” 1MDB.

“Berdiri, salah. Duduk, salah. Cangkung, salah. Apa lagi Tony Pua mahu?”

Pembangkang hanya tahu mengkritik dan sabotaj apa jua rancangan yang Kerajaan ada bagi menggerakkan Malaysia ke hadapan.

Apabila perkara yang dilakukan nampak baik untuk negara, mereka akan merasa sakit hati yang teramat sangat.

Oleh Lim Sian See