Cuba Tutup Malu Isu ECRL & PERMATA, Yeo Bee Yin Salahkan PAS Selangor Pula

Cuba Tutup Malu Isu ECRL & PERMATA, Yeo Bee Yin Salahkan PAS Selangor Pula

Yeo Bee Yin, ADUN Damansara terus cuba memperbetulkan semula kesilapannya setelah terlupa yang kenyataannya dua hari lepas bertentangan dengan kenyataannya sendiri beberapa bulan lalu membabitkan ECRL.

Cuba Tutup Malu Isu ECRL & PERMATA, Yeo Bee Yin Salahkan PAS Selangor Pula

Dalam kenyataannya pada 30 Mac lalu, Yeo Bee Yin meminta agar Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan projek ECRL merentasi negeri Selangor. Alasan yang diberikannya ialah, projek berkenaan tidak menguntungkan Selangor walaupun hakikatnya, antara lain ECRL yang merupakan antara salah satu laluan melibatkan jajaran laluan perdagangan utama yang menguasai 60% perdagangan dunia, menyambungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Kelang tanpa perlu lagi melalui Singapura yang jelas dipinggirkan dalam projek besar dagangan dunia blok timur itu.

Baca juga: ECRL: Yeo Bee Yin DAP Mahu Sabotaj Ekonomi Pantai Timur?

ECRL: Yeo Bee Yin DAP Mahu Sabotaj Ekonomi Pantai Timur?

Bagaimanapun, pada 19 April 2017, Yeo Bee Yin mempersoalkan, mengapa projek ERCL telah ‘mengenepikan’ Pelabuhan Kelang yang terletak di negeri Selangor. Sekaligus dia sendiri tidak berpuas hati apabila ‘nasihat dan tuntutannya’ agar ECRL tidak melibatkan negeri Selangor bagi mengelakkan rakyat Selangor terbeban dengan kos projek tersebut, dituruti oleh SPAD.

Baca juga: ADUN DAP Yeo Bee Yin Risau ECRL Tidak Dihubungkan Ke Pelabuhan Klang?

Hari ini, Yeo Bee Yin ‘memperbetulkan’ kesilapan bodohnya itu. Yeo Bee Yin tidak lagi bercakap tentang ECRL apatah lagi PERMATA NEGARA yang telah membiru-biratkan mukanya, sebaliknya Yeo Bee Yin bercakap pula tentang PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Kata Yeo Bee Yin, PAS Selangor tidak bermaruah kerana masih enggan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor walaupun pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas menghadap KDYMM Sultan Selangor memberi jaminan bahawa ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja tidak akan dipecat, sebaliknya akan dikekalkan.

Cuba Tutup Malu Isu ECRL & PERMATA, Yeo Bee Yin Salahkan PAS Selangor Pula

Yeo Bee Yin yang merupakan ADUN DAP, sudah tentu buta kayu tentang kedudukan KDYMM Sultan Selangor serta kuasa-kuasa baginda dalam Kerajaan Negeri Selangor. Dia hanya melihat DAP sebagai kuasa SUPREMACY di Selangor yang mana semua pihak perlu akur dan tunduk sujud kepada DAP.

Kata Yeo Bee Yin lagi, sepatutnya kesemua Exco PAS itu telah pun meletakkan jawatan, sekaligus mengosongkan Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan DAP membariskan kerusi-kerusi DUN yang ingin ditawan parti sembahan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng itu.

DAP Selangor menerusi satu kenyataan Pengerusinya, Tony Pua beberapa minggu sebelum PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat secara rasmi, telah mengatakan akan meletakkan calon-calon mereka pada 8 kerusi DUN yang sekarang ini dikuasai oleh PAS termasuklah Cempaka dan Lembah Jaya serta Dusun Tua.

Kalau Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR sendiri pun tidak berani menentang titah raja, mengapa pula Yeo Bee Yin yang merupakan salah seorang daripada ahli mesyuarat negeri berlagak seolah-olah rajanya adalah Lim Guan Eng?

Sumber:  The Flying Kick