Dua Minggu Lalu, WSJ & Pakatan Tuduh Kepimpinan China Tidak Lagi Menyokong Najib

Dua Minggu Lalu, WSJ & Pakatan Tuduh Kepimpinan China Tidak Lagi Menyokong Najib

Apabila perjanjian Bandar Malaysia dibatalkan dua minggu lalu, WSJ, Pakatan dan portal mesra pembangkang dengan niat jahat mendakwa – malahan ketawa sinis – menuduh bahawa kepimpinan China tidak lagi menyokong Najib dan mendakwa  hubungan telah menjadi tidak baik.

Bandar Malaysia: Kementerian Kewangan Yang Batalkan Perjanjian, Bukan Sebaliknya

Semalam, Presiden China Xi Jinping berkata, hubungan China-Malaysia pada masa ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya dan China akan memajukan perkongsian strategik yang komprehensif dengan Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Kedua-dua negara ini juga bersetuju untuk bekerjasama dalam pengiktirafan piawaian dan perkongsian maklumat bersama, menggalakkan penggunaan rantaian bekalan tempatan dan memudahkan e-dagang merentasi sempadan.

China juga komited untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion ((RM8.7 trilion) ) dalam tempoh lima tahun akan datang, melabur sehingga US$150 bilion (RM650 bilion) di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat untuk latihan dan kajian di China.

Hari ini, ketika makan tengah hari bersama 30 pemimpin dunia, Perdana Menteri Najib Razak duduk di sebelah Presiden Xi.

Pakatan dan geng mereka: Dengar boleh, percaya jangan.