chong chieng jen Speaker DUN Sarawak Bawa 3 Kamus Untuk 'Sekolahkan' ADUN DAP Maksud Bankrap

Speaker DUN Sarawak Bawa 3 Kamus Untuk ‘Sekolahkan’ ADUN DAP Maksud Bankrap

Perang mulut tercetus antara Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dengan ADUN Kota Sentosa, Chong Chieng Jen, dari parti DAP ekoran tidak berpuas hati dengan takrifan bankrap dan insolvensi yang dijelaskan dalam sidang DUN semalam.

Pertikaman lidah berlaku setelah Chien Jen selesai membacakan usul agar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN- Bawang Assan) untuk menarik semula kenyataan menuduh bekas ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon yang dipecat daripada jawatan ADUN diisytihar bankrap pada 2012 di Australia.

ting tiong choon ADUN DAP Lucut Kelayakan Akibat Miliki Kerakyatan Australia

Katanya, keputusan untuk dibuat oleh Speaker DUN untuk memecat wakil DAP itu tidak sah.

Tindakan Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu dilihat sebagai agendanya untuk menutup malu diatas pemecatan Dr Tiong Choon setelah didapati memiliki dua taraf kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Walaubagaimanapun, usul yang dibawa oleh Chong Chieng Jen tidak sah ekoran Dr Tiong Choon tidak bukan lagi berstatus ADUN kerana dipecat mengikut Perkara 17(1)(g) kerana memiliki dua kerakyatan.

Tanpa sempat mencelah penolakan usul berkenaan, Chong Chieng Jen kemudiannya terpinga-pinga setelah Mohamad Asfia bangun dari kerusinya dan meninggalkan dewan seketika.

Keadaan sidang DUN kemudiannya riuh, namun kembali tenang setelah Speaker kembali dan membawa tiga buah kamus berbahasa Inggeris bersamanya demi menerangkan kepada Chong Chieng Jen takrif bankrap dan insolvensi dan mengapa usul ahli DAP itu ditolak.

Kata Mohamad Asfia, Dr Tiong Choon dipecat bukan mengikut Perkara 17(1)(b) iaitu diatas alasan bankrap tetapi kerana memiliki kerakyatan negara luar dan merupakan pengundi berdaftar di Australia yang merupakan kesalahan mengikut Perkara 17(1)(g).

Sumber: Malaysian Digest