Undi Pakatan, Anda Akan Dikenakan Cukai SST & GST Serentak!

Undi Pakatan, Anda Akan Dikenakan Cukai SST & GST Serentak!

Pakatan sangat keliru tentang GST. Dalam tulisannya hari ini, Wong Chen PKR berkongsi pelan Pakatan mengenai GST – dan ia adalah sungguh kucar-kacir.

Undi Pakatan, Anda Akan Dikenakan Cukai SST & GST Serentak!

Pertama, beliau berkata bahawa sistem GST telah menelan belanja Kerajaan dan entiti perniagaan yang banyak.

Kemudian beliau berkata, Pakatan akan mengekalkan sistem GST tetapi mungkin mengurangkannya ke kadar sifar – kerana ia adalah satu sistem yang bagus untuk menangkap pengelak cukai – jadi Kerajaan dan entiti perniagaan masih perlu membelanjakan wang untuk mengendalikan sistem GST.

Mungkin, mengekalkan sistem GST bermakna Pakatan boleh menaikkan kembali kadar GST bila-bila masa mereka suka.

Kedua, beliau berkata bahawa mereka mungkin memperkenalkan semula kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jadi, rakyat Malaysia akan dapat KEDUA-DUA GST dan SST pada masa yang sama!

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Perubahan ini pasti akan menyebabkan gangguan lain untuk harga pasaran dan akan melonjak inflasi.

Penurunan harga petrol telah mengajar kita bahawa para peniaga tidak akan menurunkan harga tetapi akan menggunakan apa sahaja perubahan dalam sistem sebagai alasan untuk menaikkan lagi harga.

Kali ini mereka akan memberikan alasan bahawa pengenalan semula SST  bermakna tiada perubahan kepada cukai tetapi mereka kini perlu menghabiskan lebih banyak wang menguruskan sistem GST – jadi mereka akan terpaksa menaikkan harga kerana kos telah meningkat.

Akhir sekali, Wong Chen berbohong apabila beliau berkata tiada cukai lain telah dikurangkan atau dihapuskan apabila GST diperkenalkan.

Apabila GST diperkenalkan, SST telah dimansuhkan, cukai pendapatan korporat dan peribadi juga dikurangkan manakala BR1M, satu bentuk percukaian negatif, telah meningkat.

Ini merupakan satu lagi contoh untuk membuktikan bahawa Pakatan bukan sahaja pembohong tetapi keliru dan tidak tahu apa yang mereka lakukan. Sudah tentu ini tidak memberi keyakinan kepada rakyat atau pelabur sama sekali.

Oleh Lim Sian See