10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Berikut adalah pandangan saya mengenai saman sivil terbaru berdasarkan 250 muka surat serahan mahkamah daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ):

1. Ia masih saman sivil bagi pelucuthakan aset dan bukan saman jenayah.

Tiada apa yang berubah sejak tahun lepas kecuali lebih banyak aset disenaraikan. Juga penting untuk ambil perhatian bahawa tindakan undang-undang pelucuthakan aset sivil difailkan terhadap aset itu sendiri dan bukannya terhadap individu (seperti Jhow Low dan lain-lain). Pemilik aset boleh mempertikai pelucuthakan itu, yang mereka sedang lakukannya.

2. Ia pada asasnya adalah kesinambungan daripada saman sivil sebelumnya pada bulan Julai 2016.

Tiada apa yang berubah sejak tahun lepas kecuali lebih banyak aset disenaraikan. Bagaimanapun, satu yang menarik minat orang ramai adalah dakwaan berlian berharga US$27 juta (RM118 juta) dihadiahkan kepada isteri MO1 – yang semua orang tahu ia merujuk kepada Datin Sri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Kita akan pergi secara terperinci selepas ini.

1MDB tidak meminjam atau tiada kehilangan wang lagi sejak tahun lepas Julai 2016. Malah, 1MDB sebenarnya mencapai kemajuan yang ketara dalam membuat wang dan membayar hutang sejak tahun lepas.

3. Tiada wang yang didakwa dibelanjakan atau dilabur dimiliki secara sah oleh 1MDB.

Ini bermakna wang yang didakwa dibelanjakan itu bukan wang 1MDB. Saya telah membuktikan ini tahun lepas secara terperinci dalam catatan ini. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak tulisan saya setahun yang lepas, mengesahkan ini – terutamanya penyelesaian IPIC-1MDB pada April tahun ini di mana IPIC dilaporkan mengaturkan pembeli untuk unit bernilai US$2.5 bilion manakala bersetuju dengan berikut: “Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan secara baik berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu.”

Ini juga merupakan sebab mengapa 1MDB berterusan menegaskan bahawa tidak ada wang mereka yang telah hilang.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

4. Dakwaan DOJ bahawa unit BSI atau Cayman terlebih nilai atau salah dinilai tidak relevan dengan 1MDB.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, nilai unit dijamin oleh Aabar Investments PJS yang sebenar. Kepada 1MDB, nilai minimum unit adalah apa yang telah diberi jaminan oleh Aabar. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Singapura, Aabar telah mengatur pembeli untuk US$2.5 bilion unit (yang termasuk US$940 juta baki unit dalam dana BSI) dan 1MDB sudah mula menerima hasil tunai.

Pada sudut pandangan 1MDB, mereka mempunyai sejumlah wang tertentu dalam unit BSI yang dijamin oleh Aabar sebenar. Oleh kerana Aabar sebenar sekarang telah mendapatkan seseorang untuk membeli unit dana itu dan membayar 1MDB jumlah yang betul maka tidak ada persoalan sama ada unit dana tersebut adalah tidak bernilai atau terkurang nilai atau terlebih nilai.

5. Dakwaan DOJ bahawa wang telah disalur keluar dari pinjaman Deutsche Bank tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB.

DOJ melaporkan bahawa pinjaman Deutsche Bank adalah untuk membayar pembatalan opsyen yang dipegang oleh Aabar sebagai balasan IPIC menjamin US$3.5 bilion pinjaman 1MDB pada tahun 2012.

Menurut DOJ, wang yang telah dibayar kepada Aabar Seychelles “palsu” yang mereka dakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Aabar sebenar di Abu Dhabi.

Walau bagaimanapun, DOJ juga mengesahkan bahawa pengarah tunggal Aabar Seychelles merupakan Pengarah Urusan Aabar sebenar dan bahawa pemegang saham Aabar Seychelles disenaraikan dalam dokumen perakuan penyandang jawatan (juga dikenali sebagai pendaftaran syarikat) adalah Aabar sebenar.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Setakat yang 1MDB tahu, mereka telah menggunakan pinjaman Deutsche Bank untuk membayar Aabar bagi tujuan membatalkan opsyen. Sama ada ia adalah “Aabar palsu” atau “Aabar sebenar” tidak penting kepada 1MDB asalkan opsyen dibatalkan – dan ia telah dibatalkan. Ini terutamanya kerana pihak yang telah berurusan pada masa itu sebagai pengarah urusan rasmi Aabar, Mohamad Husseiny dan dokumen pendaftaran syarikat telah menyatakan dengan jelas bahawa pemilik “Aabar palsu” adalah Aabar sebenar.

Oleh itu, jika terdapat sebarang penyaluran keluar wang atau penipuan, ia adalah Aabar PJS di Abu Dhabi yang telah ditipu – bukannya 1MDB.

Yang membawa kita kepada fakta seterusnya.

6. Sama ada Perdana Menteri Najib, Rosmah mahupun 1MDB tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman sivil DOJ.

Ini bermakna DOJ Amerika tidak menganggap Najib, Rosmah atau 1MDB telah melakukan sebarang kesalahan. Malah, satu dana negara US$125 bilion Mubadala Investment Company Abu Dhabi yang sekarang memiliki IPIC dan Aabar kini telah dinamakan sebagai pihak yang terlibat yang kepentingannya akan terjejas.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

7. Tidak ada bukti bahawa Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta.

Pertama sekali, menerima hadiah adalah tidak menyalahi undang-undang. Menurut tuntutan mahkamah DOJ itu, Jho Low telah membeli US$200 juta nilai barang kemas selama ini dan telah memberikannya kepada pelbagai pihak termasuk kepada ibunya.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Jho Low juga didakwa memberi barang kemas bernilai jutaan dolar kepada yang didakwa teman wanita beliau, supermodel Australia Miranda Kerr yang baru-baru berkahwin dengan pengasas bilionair SnapChat.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Jadi, jika menerima hadiah adalah salah di sisi undang-undang maka ibu Jho Low dan Miranda Kerr perlu masuk ke penjara juga.

Walau bagaimanapun, keadaan yang mana DOJ sebut bahawa Rosmah didakwa menjadi penerima berlian adalah sangat mencurigakan.

Pertama, DOJ mendakwa bahawa Rosmah melihat berlian itu dengan sekumpulan orang di atas kapal layar yang dipanggil Topaz.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Topaz bukanlah kapal layar biasa tetapi pada masa itu adalah kapal layar terbesar di dunia dan telah malah masih dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed.

Sheikh Mansour bukan sahaja di kalangan orang terkaya di dunia dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai US$38 bilion (RM162 bilion) pada tahun 2014 tetapi beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri United Arab Emirates, Menteri Hubungan Presiden dan ahli keluarga pemerintah Abu Dhabi. Beliau adalah adik kepada Presiden semasa UAE.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Tambahan, beliau juga adalah Pengerusi IPIC dan bos kepada kedua-dua Pengerusi Aabar Khadem Al-Qubaisi dan juga CEO Aabar Mohamed Badawy Al-Husseiny – kedua-dua orang yang paling dituduh terlibat dalam penipuan dan menerima dana dalam seluruh skandal 1MDB ini.

Kedua-dua orang itu tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah. Malah, baru-baru ini telah dilaporkan bahawa Khadem Al-Qubaisi masih di UAE dan di bawah perlindungan Sheikh Mansour Zayed.

Ini meninggalkan kita dengan dua kemungkinan lain.

a) Berlian itu mungkin hadiah daripada Sheikh Mansour kepada Rosmah. Keluarga diraja Arab mempunyai kebiasaan memberi hadiah mahal kepada ahli-ahli kepimpinan negara-negara lain. Lagipun, US$27 juta hanyalah hampir 2 hari faedah daripada US$38 bilion kekayaan Sheikh Mansour.

Ini adalah andaian bahawa Rosmah ada menerima berlian. Lagi pun, VIP dari negara lain tidak sesuka hati menaiki kapal layar terbesar di dunia yang dimiliki oleh kerabat diraja Arab dan salah satu orang terkaya di dunia tanpa pemiliknya mengetahui.

Walau bagaimanapun, jika Rosmah ada menerima berlian sebagai hadiah daripada Sheikh Mansour maka saya fikir beliau harus kembalikannya kerana tidak patut untuk menerima sebarang hadiah yang mahal sebegitu.

2) Rosmah tidak pernah menerima berlian langsung dan DOJ dikelirukan oleh maklumat palsu diberikan oleh pembangkang.

Dalam saman DOJ, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Rosmah tidak membuat pesanan untuk berlian itu, membayar untuk berlian itu mahupun secara peribadi menerima berlian itu.

Ia juga tidak pernah dibuktikan pun bahawa beliau memiliki berlian tersebut.

Dakwaan DOJ adalah bahawa seorang rakan rakyat Malaysia telah mengambil berlian itu dan dia sepatutnya kemudian menyerahkan berlian bernilai US$27 juta (RM118 juta) itu kepada Rosmah. Tetapi tidak pernah ada sebarang bukti bahawa berlian itu diserahkan kepada Rosmah.

Ini membawa kita kepada fakta seterusnya.

7. Keseluruhan ‘rantai berlian’ dan tuntutan sivil DOJ nampak mencurigakan dan bermotifkan politik.

Pertama, DOJ tidak mempunyai bukti bahawa Rosmah pernah menerima berlian tetapi meneruskan untuk memasukkan juga cerita itu dalam butiran ‘mengiurkan’ saman tersebut.

Kedua, jalan cerita itu sangat konsisten dengan jalan cerita pembangkang mengenai Rosmah membeli berlian dan cincin – sehingga Rafizi Ramli PKR telah disaman oleh Najib dan berkata kepada mahkamah bahawa beliau “hanya bergurau”.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Ketiga, pemilihan masa amat mencurigakan kerana ia diumumkan seminggu sebelum kaum Melayu balik kampung untuk Hari Raya di mana sebarang cerita ‘mengiurkan’ akan dibincangkan.

Bukanlah satu rahsia lagi bahawa Pakatan berharap kepada “Tsunami Melayu” dan cerita panas seperti itu pada masa yang tepat akan memberi manfaat lebih kepada Pakatan.

Juga bukanlah satu rahsia lagi bahawa Pakatan sedang bekerjasama dan telah menerima pembiayaan daripada George Soros untuk membantu menjatuhkan kerajaan BN dan Najib.

Akhir tahun lepas, laman web Wikileaks yang terkenal telah membocorkan butiran tindakan melobi pada Mac 2016 oleh George Soros terhadap Kerajaan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Najib dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Tolong jangan gelar Anwar ‘barua’ Amerika

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Salah satu sebab kenapa Amerika perlu jatuhkan Najib: China!

Dokumen-dokumen rahsia dari Wikileaks menunjukkan bahawa Soros memberitahu Kerajaan Amerika Syarikat bahawa PM Najib tidak setia sepenuhnya kepada Amerika Syarikat dan berbaik dengan kedua-dua belah pihak dengan China.

Soros juga memberitahu kerajaan Amerika Syarikat bahawa Anwar akan memainkan peranan sebagai pemimpin baru Malaysia jika Najib jatuh. Dan walaupun Najib tidak jatuh, Anwar boleh memberi kerajaan Amerika Syarikat dengan “pandangan dalaman dan leverage strategik” di Malaysia.

Empat bulan kemudian selepas tindakan melobi itu, DOJ Amerika Syarikat melancarkan saman sivil terhadap 1MDB dan mempopularkan nama MO1 untuk menyebabkan kerosakan maksimum kepada PM Najib dan BN.

Sangat kebetulan dan mudah!

Wikileaks Dedah Lobi Anti-Najib Oleh Soros di Washington

Anehnya, beberapa individu pro-pembangkang di Malaysia lebih berbangga dan bersedia untuk dipanggil ejen CIA atau agen asing seperti yang dilaporkan minggu lalu di MalaysiaKini.

Mengapa rakyat Malaysia dan pemimpin pembangkang kita mahu bekerjasama dengan kuasa-kuasa asing untuk melancarkan serangan propaganda dan memburukkan Malaysia hanya supaya mereka boleh menjadi orang-orang yang berkuasa?

Itu mensabotaj negara anda sendiri. Ia adalah satu pengkhianatan.

8. Keuntungan dan kemajuan 1MDB tidak terjejas, tiada rakyat Malaysia atau generasi akan datang akan perlu menanggung hutang 1MDB.

Disebabkan oleh penyelesaian IPIC-1MDB pada April 2017 dan juga usaha rasionalisasi yang lalu, 1MDB kini mempunyai aset RM60 bilion berbanding hutang jangka panjang yang masih tertunggak (sehingga 2039) kira-kira RM41.7 bilion.

Jika anda boleh percaya MalaysiaKini maka keuntungan 1MDB akan menjadi lebih besar sebagaimana unjuran bahawa nilai Bandar Malaysia ialah RM90 bilion dan bukannya RM26 bilion.

Oleh itu nilai aset 1MDB adalah RM124 bilion berbanding RM41.7 bilion hutang.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Untuk sekian lama, Pakatan dan portal mesra pembangkang telah mengatakan Kerajaan akan muflis kerana hutang 1MDB (yang secara ketara sudah dibayar balik dengan yang lainnya telah diuruskan) dan Kerajaan terpaksa menggunakan GST, menggunakan subsidi bahan api, menggunakan harga gula harga bla bla bla untuk ‘bail out‘ dan hutang ini akan menjadi beban kepada generasi muda akan datang dan generasi selepas itu.

Tetapi sekarang orang Pakatan berkata Kerajaan akan membuat keuntungan yang besar daripada 1MDB dan tidak ada lagi hutang yang akan menjadi beban kepada generasi muda akan datang dan generasi selepas itu atau perlu di’bail out’?

Jadi, tidak ada persoalan tentang sesiapa yang perlu membayar hutang 1MDB. Malah, kemungkinan bahawa 1MDB sangat menguntungkan adalah tinggi.

9. Tidak seperti pada masa lalu, pasaran kewangan tidak bertindak balas kepada berita saman sivil DOJ ini.

Ringgit tidak melemah dengan ketara dan pasaran saham tidak jatuh.

Malah, pasaran saham Bursa naik hari ini di sebalik berita DOJ itu. Ia meneruskan kenaikannya sebagaimana ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik dan prospek kita terus cerah. Pelabur terus percaya dalam agenda transformasi di bawah Perdana Menteri Najib.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

10. Tidak seperti pada masa lalu, rakyat Malaysia kini seolah-olah acuh tak acuh kepada berita DOJ-1MDB.

Sebagaimana blogger Rocky Bru perhatikan hari ini:

“Sudah setahun sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuat pengumuman panas saman sivil yang melibatkan 1MDB. Sejak itu, Amerika telah memilih Presiden baru, Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, dan tuntutan mahkamah DOJ tidak bergerak walau satu inci. “Tindakan” terkini jabatan itu mempunyai unsur yang sama dan cerita ‘mengiurkan’ yang dipaparkan dalam “tindakan” Julai lepas. Jadi mengapa rakyat Malaysia tidak membahaskannya seperti pada Julai lalu? Saya mempunyai berpuluh-puluh group WhatsApp tetapi hanya satu yang membincangkan tindakan DOJ dan dengan “berbincang” saya maksudkan seorang individu telah menyediakan semua pautan kepada berita DOJ yang mungkin dapat digunakan terhadap PM Najib Razak. Adakah ini bermakna kita lali dengan berita yang melibatkan dakwaan rasuah dan bilion dicuri daripada tabung kita? Atau adakah rakyat Malaysia secara amnya tidak percaya apa yang DOJ dakwa, terutamanya kerana tiada apa yang berhasil dari tindakan terakhir mereka?”

Serangan berterusan Pakatan ke atas 1MDB tidak membantu mereka dalam pilihanraya negeri Sarawak tahun lepas di mana mereka telah kalah teruk. Juga ia tidak membantu mereka dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Jadi, anda mesti tertanya-tanya mengapa Pakatan berkelakuan seperti definisi pepatah tentang orang bodoh yang “melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza”?

Oleh Lim Sian See