Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?

Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?

Konspirasi politik? Jika berlian bukan satu subjek dalam aset yang hendak dilucuthak oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), mengapa ia disebut secara terperinci dalam saman sivil mereka?

Selain dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menulis secara tidak profesional dan sarat dengan mensensasikan gurauan peribadi antara Riza Aziz dan McFarland yang langsung tidak relevan atau ada keperluan untuk kes sivil, berikut adalah perincian kritikal yang menjurus kepada saman sivil digunakan sebagai senjata politik berbanding isu perundangan.

Berlian yang dinyatakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat secara terperinci dalam saman sivil itu adalah BUKAN antara aset atau barangan yang mahu dilucuthak oleh jabatan itu atas alasan penggubahan wang haram. Tidak sama sekali.

Ya, berlian yang diperkatakan secara meluas itu bukan aset subjek yang disenaraikan untuk dilucuthak dalam saman sivil mereka!

Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?

Adakah ini kerana tiada bukti bahawa barang kemas itu wujud atau dihadiahkan mahupun ada dalam pemilikan Datin Seri Rosmah atau kerana ia tidak boleh dikaitkan dengan penggubahan wang haram?

Soalan serius yang perlu ditanya kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah mengapa mereka bersusah payah menulis perincian begitu sensasi mengenai berlian itu dalam saman sivil mereka walaupun ia bukan salah satu aset yang hendak dilucuthak dalam saman sivil tersebut?

Bolehkah sesiapa menjawab? Bolehkah Mahathir atau Matthias Chang mahupun Soros menjawab?

Menulis dengan begitu terperinci dalam saman sivil tanpa asas perundangan yang kukuh hanya untuk mencetuskan kemusnahan politik terhadap sasaran bagi pihak Pakatan mengesahkan bahawa wujud kerjasama atau subahat menyalurkan maklumat tidak sahih dari Malaysia kepada Amerika Syarikat.

Nampaknya ramai yang mahu bekerjasama dengan kuasa negara asing untuk memburuk dan menjahanamkan imej Malaysia demi cita-cita politik mereka.

Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?

Oleh Lim Sian See