Bagi Mahathir, Amerika Jahat Dalam Semua Hal Kecuali 1MDB

Bagi Mahathir, Amerika Jahat Dalam Semua Hal Kecuali 1MDB

Apabila Amerika buat kem tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay untuk lawan pengganas, beliau kata itu agenda jahat Yahudi untuk tindas orang Islam.

Apabila Amerika serang Iraq dan Libya beliau sendiri kata Amerika palsukan bukti Weapon of Mass Destruction (WMD).

Tun Mahahir kata sandiwara bila Amerika bagi bukti-bukti 9/11 diserang oleh pengganas Islam, tangkap dan hukum yang terbabit. Beliau buat seminar bahawa teori World Trade Center (WTC) terbabit diserang oleh Amerika sendiri.


Baca juga: Menjawab Mahathir, Siapa Sebenarnya Pengkhianat?
Baca juga: Sejarah Menunjukkan Amerika Ada Kalanya Terburu-Buru Buat Keputusan Atau Tindakan

Bagi Mahathir, Amerika Jahat Dalam Semua Hal Kecuali 1MDB

Bila Amerika sokong reformasi dan kata Anwar Ibrahim mangsa politik, beliau kata agenda Amerika mahu jatuhkan kepimpinan Islam di Malaysia.

Beliau sendiri anggap Amerika penjenayah perang.

Tapi anehnya bila Amerika buat kenyataan mengenai 1MDB beliau bukan sahaja percaya, malah menjaja ke seluruh negara menyatakan Najib Razak sah bersalah.

Sedangkan beliau telah beberapa mengakui beliau tidak ada bukti Najib Razak seleweng wang 1MDB.


Baca juga: 10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB
Baca Juga: 1MDB Tidak Pernah Kata Wangnya Hilang Atau Dicuri

1MDB sendiri kata duit mereka tidak hilang. Tun Mahathir tetap kata Amerika betul.

Namun itulah Tun Mahathir!

Matlamat menjatuhkan Najib menghalalkan apa sahaja cara.

Sumber: MYKMU