Dakwaan DoJ Perlu Dibuktikan Di Mahkamah Sebelum Boleh Diterima Sebagai Fakta

Dakwaan DoJ Perlu Dibuktikan Di Mahkamah Sebelum Boleh Diterima Sebagai Fakta

Saya merujuk kepada dakwaan tanpa bukti yang kukuh dalam saman sivil difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Ketika kita memahami Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil itu, adalah penting untuk setiap saman berlandaskan kepada fakta yang boleh dibuktikan dan bukan berpegang kepada kenyataan retorik tanpa asas serta mempunyai niat tidak baik. Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu dibuktikan di mahkamah, sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB


Baca juga: Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?
Baca juga: Mungkin Benar Kata Tony Pua, Membaca Pemfailan DoJ Sama Seperti Baca Novel Fisyen

Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia sudahpun menjalankan siasatan terperinci. Secara khususnya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang terdiri dari kedua-dua ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang, tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng dari 1MDB.

1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil berkenaan. Malah, aset yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucuthak, secara faktanya dibeli oleh entire yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB.


Baca juga: 1MDB Tidak Pernah Kata Wangnya Hilang Atau Dicuri
Baca juga: 10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Secara jelas, siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ini dicetuskan oleh aduan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia.

Dato Seri Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Putrajaya.