Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015

Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015

Dalam usaha untuk membela diri, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan dakwaan oleh individu tertentu bahawa keuntungan negeri atau lebihan bajet negeri Pulau Pinang datang dari penjualan tanah.

“Premium yang diperolehi daripada penjualan tanah sejak 2008 hingga 2015 adalah kira-kira RM657.6 juta,” kata Lim Guan Eng petang semalam.

Okay, hanya RM657.6 juta jualan tanah sejak 2008 hingga 2015, kata Lim Guan Eng.

Lagi RM273 Juta Hak Tanah Dijual Secara Senyap Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Tetapi dalam propaganda pembohongan yang sering anda guna berulang kali sejak 6 tahun yang lalu bahawa BN menjual lebih banyak tanah dan mendapat pulangan lebih sedikit, anda sentiasa mendakwa bahawa Kerajaan DAP anda sudah menjual RM1.1102 billion nilai tanah.

Berikut adalah salah satu daripada berdozen pautan dakwaan anda sendiri selama ini (Malaysiakini):

Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015

Dan pada 2 Mei 2012, anda puji diri sendiri dan menyebut bahawa hanya satu penjualan tanah di Bayan Mutiara saja sudah RM1.07 bilion (Malaysiakini).

Dan kemudian pada Disember 2016 tahun lepas, anda berkata, “Dari 2008 hingga 2015, PDC Pulau Pinang telah menjual RM1.94 bilion nilai tanah untuk tujuan pembangunan industri dan campuran.” (TheMalayMailOnline)

PDC Pulau Pinang adalah 100% dimiliki oleh siapa? Kerajaan Pulau Pinang atau Lim Guan Eng? Ke mana RM1.94 bilion ini pergi dan di mana ia digunakan?

Tetapi bagaimana pula dengan RM37 bilion nilai tanah negeri dan aset yang lain yang dijual atau didagangkan ini sejak 2008 yang disenaraikan di sini?

Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015

Jadi, jika hasil jualan tanah itu tidak dapat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ke mana ia pergi?

Oleh Lim Sian See