Mengapa DoJ Perlu Sensasikan Mengenai Berlian Jika Bukan Dalam Senarai Rampasan?

Mengapa DoJ Perlu Sensasikan Mengenai Berlian Jika Bukan Dalam Senarai Rampasan?

Saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi merampas aset berkaitan 1MDB di negara berkenaan dijelaskan secara tidak profesional dengan memperbesar-besarkan perkara yang tidak relevan dengan tuntutan saman berkenaan.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, DoJ sengaja mensensasikan gurauan peribadi antara dua Penerbit Red Granite Picture, Riza Aziz Joey dan McFarland yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan tuntutan saman DoJ.

Juga tidak mempunyai kaitan kata LSS, adalah keterangan mengenai berlian yang didakwa dimiliki oleh isteri Malaysian Official 1 (MO1) sungguhpun ianya bukan di dalam senarai perlucutan hak dituntut oleh DoJ.

Adakah Kerana DoJ Tiada Bukti Tentang Berlian & Barang Kemas Yang Disebut?

“Berlian yang dinyatakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat secara terperinci dalam saman sivil itu BUKANLAH antara aset atau barangan yang mahu dilucuthak oleh jabatan itu atas alasan penggubahan wang haram. Tidak sama sekali.

“Ya, berlian yang diperkatakan secara meluas itu bukan aset subjek yang disenaraikan dalam saman sivil untuk dilucuthak dalam saman sivil mereka!” kata LSS sambil menganggap saman sivil berkenaan sebagai konspirasi politik terhadap Malaysia.

MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dijelaskan oleh DoJ sebelum ini tidak terlibat dengan tuntutan saman sivil, lantaran itu isteri MO1 merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Kata LSS, DoJ tidak menyenaraikan berlian berkenaan sebagai tuntutan rampasan ekoran jabatan tersebut tiada bukti berlian berkenaan wujud ataupun dihadiahkan sepertimana didakwa mereka.

1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh

“Soalan serius yang perlu ditanya kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengapa mereka bersusah payah menulis perincian begitu sensasi mengenai berlian itu dalam saman sivil mereka walaupun ia bukan salah satu barangan yang hendak dilucuthak dalam saman sivil mereka?” tanya LSS.

“Menulis dengan begitu terperinci dalam saman sivil tanpa asas perundangan yang kukuh hanya untuk mencetuskan kemusnahan politik terhadap sasaran bagi pihak Pakatan mengesahkan bahawa wujud kerjasama atau subahat menyalurkan maklumat tidak sahih dari Malaysia kepada Amerika Syarikat,” katanya lagi.

Mengulas sama isu saman sivil DoJ, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan memahami hak DoJ untuk memfailkan saman sivil namun haruslah berlandaskan fakta dan bukannya daripada kenyataan retorik tanpa asas.

Kenyataan Setiausaha Akhbar PM Berkaitan Saman Sivil Terbaru Jabatan Kehakiman Amerika

“Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu dibuktikan di mahkamah, sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.

“Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia sudahpun menjalankan siasatan terperinci. Secara khususnya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang terdiri dari kedua-dua ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang, tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng dari 1MDB,” ujarnya.

Katanya lagi, 1MDB bukanlah entiti yang disaman DoJ dan aset yang dikatakan dimiliki secara salah dan mahu dilucuthak secara faktanya tidak dimiliki ataupun dikawal oleh 1MDB.

“Secara jelas, siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ini dicetuskan oleh aduan yang dibuat oleh pihak tertentu. Sata mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

“Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” tegasnya lagi.

Sumber: Malaysian Digest