Penyokong BERSIH Mengamuk Kedai Diroboh Kerajaan Pakatan Selangor

Penyokong BERSIH Mengamuk Kedai Diroboh Kerajaan Pakatan Selangor

Akhirnya keluarga Cina di Tanjung Sepat sedar bahawa kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan yang zalim. Selama berpuluh tahun mereka berniaga di kawasan tersebut ketika Barisan Nasional memerintah, semuanya aman damai dan selamat sahaja.

Kini apabila Pakatan menguasai Selangor maka semua janji untuk menjaga masyarakat Cina telah dimungkiri. Wanita Cina yang merupakan tuan punya kedai menangis teresak-esak. Beliau dengan lantang memberitahu bahawa mereka adalah penyokong Himpunan haram Bersih yang diadakan secara bersiri oleh PH.

Malah beliau turut mendedahkan bahawa YB Ng Sue Lim ada menjanjikan mahu memberi geran pada tanah restorannya.

Resort Jamal Diroboh, Pusat Judi Sekinchan Dibiar Beroperasi

Mereka mempersoalkan mengapa hanya dua kedai sahaja menjadi sasaran memandangkan semua kedai di situ adalah tanah TOL. Mereka menuntut semua janji-janji yang ditabur oleh wakil rakyat DAP sebelum ini atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap parti tersebut.

Dalam masa yang sama mereka mahu mendedahkan video-video sulit perancangan DAP yang bakal menggemparkan negara memandangkan kebajikan mereka telah terabai. Dalam perkara ini, siasatan yang terperinci bakal mendedahkan agenda jahat parti politik tersebut.

Beberapa orang yang lain pula menjerit ‘Ubah,Bersih’. “Kami adalah penyokong Bersih, supporter Bersih, kali ini kedai restoran kami pula yang kena Bersih,” kata mereka.

Mungkin video ini bakal membuka mata pengundi Cina yang tertipu dengan propaganda dan janji manis Pakatan yang diketuai DAP selama ini. Kita memang tahu Pakatan tidak pernah ikhlas membela nasib rakyat Malaysia.