malaysiakini Portal Dibiayai Soros Paling Bersungguh Menulis Tentang DoJ-1MDB, Kebetulan?

Portal Dibiayai Soros Paling Bersungguh Menulis Tentang DoJ-1MDB, Kebetulan?

14 artikel pertama pada edisi Bahasa Inggeris MalaysiaKini hari ini adalah mengenai saman sivil DOJ itu. Portal lain seperti FMT, MalaysianInsight atau Malay Mail tidak melakukan ke tahap ini.

Yup, 14 artikel yang berterusan tentang DOJ-1MDB. Mereka begitu bersungguh-sungguh.

Sebagaimana yang telah diberitahu banyak kali, MalaysiaKini adalah 29% dimiliki oleh dana Soros yang dikenali sebagai Media Development Investment Fund (MDIF) – seperti yang diakui oleh MalaysiaKini sendiri. MalaysiaKini juga mengaku mendapat dana yang lain selain pelaburan oleh alat Soros.

Pemegang saham MalaysiaKini:


Baca juga: DC Leaks Bongkar Malaysiakini, KiniTV Dapat Dana Dari George Soros
Baca juga: Dana Soros : Akaun BERSIH & MalaysiaKini Perlu Diaudit & Dibentang Kepada Umum

MDIF telah diharamkan di Rusia pada tahun lepas kerana aktiviti yang merupakan “ancaman kepada Perlembagaan Rusia dan keselamatan negara”.

Rusia melabelkan International Republic Institute dan Media Development Investment Fund sebagai NGO yang “tidak diingini“.

Baca juga: Russia Haramkan Yayasan George Soros Kerana Ancam Keselamatan Negara

Seperti yang didedahkan oleh Wikileaks, ia adalah Soros dan “Program Malaysia” beliau yang secara peribadi melobi Kerajaan Amerika Syarikat pada Mac tahun lepas untuk menjatuhkan Najib.

Wikileaks Dedah Lobi Anti-Najib Oleh Soros di Washington


Baca juga: ‘Program Malaysia’ Soros Dibongkar DC Leaks
Baca juga: Wikileaks Dedah Lobi Anti-Najib Oleh Soros di Washington

Soros memberitahu Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Anwar adalah pengganti PM yang lebih baik dan akan setia kepada Amerika Syarikat dan bahawa Najib tidak memberikan kesetiaan penuh kepada Amerika Syarikat dan berbaik dengan kedua-dua pihak dengan menjadi rapat dengan China.

4 bulan selepas Soros melobi Kerajaan Amerika Syarikat itu, DOJ memfailkan saman sivil terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.

Oleh Lim Sian See