Saman Sivil DoJ: Satu Jenayah Tanpa Mangsa?

Saman Sivil DoJ: Satu Jenayah Tanpa Mangsa?

16 Jun 2017: Sudah setahun sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuat pengumuman panas saman sivil yang melibatkan 1MDB. Sejak itu, Amerika telah memilih Presiden baru, Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, dan tuntutan mahkamah DOJ tidak bergerak walau satu inci. “Tindakan” terkini jabatan itu mempunyai unsur yang sama dan cerita ‘mengiurkan’ yang dipaparkan dalam “tindakan” Julai lepas. Jadi mengapa rakyat Malaysia tidak membahaskannya seperti pada Julai lalu?

10 Pemerhatian Tentang Saman Sivil DoJ Pada Jun 2017 Berkaitan 1MDB

Saya mempunyai berpuluh-puluh group WhatsApp tetapi hanya satu yang membincangkan tindakan DOJ dan dengan “berbincang” saya maksudkan seorang individu telah menyediakan semua pautan kepada berita DOJ yang mungkin dapat digunakan terhadap PM Najib Razak. Adakah ini bermakna kita lali dengan berita yang melibatkan dakwaan rasuah dan bilion dicuri daripada tabung kita?

Atau adakah rakyat Malaysia secara amnya tidak percaya apa yang DOJ dakwa, terutamanya kerana tiada apa yang berhasil dari tindakan terakhir mereka?

Kali ini, apa yang berbeza adalah tindak balas oleh pihak berkuasa Malaysia. Peguam Negara dengan sepantas kilat mengeluarkan respon balas. Tiada apa yang baru, tiada bukti, Apandi menolak saman sivil terkini DOJ. Pejabat Perdana Menteri turut membidas dakwaan tidak terbukti DOJ dan mencadangkan bahawa mungkin ada udang di sebalik batu.

Malah Jho Low sendiri mencabar DOJ untuk membuktikan tuntutan mereka di mahkamah undang-undang!

FMT: Taikun kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dilaporkan memberi respon kepada langkah Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menyita aset AS$540 juta yang dikatakan dicuri dari 1Malaysia Developed Berhad (1MDB) dan digunakan untuk membiayai perbelanjaan yang keterlaluan.

 Pemberita Wall Street Journal, Bradley Hope, berkongsi twit dikatakan dari Jho Low yang menghentam DoJ, mengatakan jabatan itu tidak membuktikan sebarang perkara tidak wajar berlaku.

“Langkah terbaharu Jabatan Kehakiman AS meneruskan usaha tidak wajar untuk menyita aset walaupun tidak membuktikan sebarang perkara tidak wajar berlaku. Tindakan minggu ini dari DoJ adalah satu lagi contoh usaha melampaui batas kemampuan untuk kes yang cacat. Kami mengalu-alukan fakta sebenar dikemukakan di mahkamah yang akan menunjukkan kes DOJ tidak berasas,” kata twit itu.

Hope berkata twit itu kenyataan pertama Jho Low dalam 2 tahun kebelakangan ini.


Baca Juga: Peguam Kanan Australia: Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Cacat Dari Segi Perundangan
Baca Juga: Peguam Kanan Australia: Saman Sivil DoJ Adalah Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan Malaysia

“Kenyataan pertama Jho Low dalam lebih 2 tahun kebelakangan ini, susulan saman terbaharu DoJ terhadap asetnya termasuk kapal layar AS$250 juta #1MDB #Malaysia,” katanya di Twitter.

Low pernah menafikan sebarang salah laku.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjawab saman itu berkata DoJ belum menyediakan sebarang bukti dana dari 1MDB digelapkan.

Sementara itu pejabat perdana menteri mencadangkan dakwaan itu berhasrat untuk memburukkan individu tertentu dan berbangkit daripada input seteru politik.

Dalam kenyataan hari ini, setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata: “Kami juga bimbang dengan penamaan beberapa perkara dan individu yang tidak perlu dan tanpa sebab yang hanya berkaitan dengan manipulasi politik dalam negara dan campurtangan. Ia menunjukkan motivasi yang melampaui objektif menyita aset.”

p/s: SATU JENAYAH TANPA MANGSA?

1MDB mengeluarkan kenyataan bahawa pada dasarnya mengatakan ia bukan satu pihak kepada saman sivil terbaru DOJ. Baca 1MDB; No contact made by the US DOJ. Ironinya ialah ini: ia merupakan DOJ yang mendakwa 1MDB sebagai mangsa jenayah yang telah membentuk asas tuntutan mahkamah pada Julai tahun lepas dan yang terbaru.

Jika ada aset atau wang yang dirampas di Amerika Syarikat, wang berkenaan akan dikembalikan kepada 1MDB. Masalahnya, 1MDB sendiri berkata wangnya tidak hilang mahupun dicuri.


Baca Juga: 1MDB Tidak Pernah Kata Wangnya Hilang Atau Dicuri
Baca Juga: Memahami Saman Sivil Yang Difailkan Jabatan Kehakiman Amerika

Oleh Rocky Bru