Sudahlah Mahathir, Cukuplah Berdrama, Proton Masih Milik Malaysia

Sudahlah Mahathir, Cukuplah Berdrama, Proton Masih Milik Malaysia

Usahasama merupakan perkara biasa dalam industri kenderaan bermotor sehingga ini memandangkan tidak banyak pembuat kereta mampu berdikari, dengan Nissan-Renault dan Cherry-Jaguar Land Rover, sebagai contoh.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan menjalin usaha sama antara Proton Holdings Bhd dengan Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd, semata-mata dibuat atas dasar komersial dan merupakan kepentingan terbaik untuk Proton, vendor dan pekerja.

Najib Jual Negara Kepada India Pula

Mustapa berkata demikian sebagai respon kepada ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha sama Proton-Geely.

“Malang sungguh, keikhlasan kerajaan dan komitmen tidak berbelah-bahagi bagi memastikan Proton berjaya, dianggap oleh Dr Mahathir sebagai tindakan membalas dendam. Usaha sama dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk manfaat yang akan diraih daripada teknologi, penyelidikan dan kemudahan pembangunan serta suntikan tunai oleh Geely,” katanya.

Mustapa juga mempersoalkan faktor mengekalkan ‘maruah negara’ seperti dakwaan Dr Mahathir sehingga membenarkan pembuat kereta itu terus dibelenggu masalah dan menjejaskan kebajikan pekerja.


Baca juga: Proton: Mahathir Yang Jual ‘Anaknya’ Sendiri
Baca juga: Proton: Kenapa 3 Tahun Lepas Tun Tak Menitikkan Air Mata, Tak Membantah, Tak Menangis?

“Tambahan pula, untuk mengulangi tuduhan kerajaan mengorbankan maruah negara, tidak berasas seperti yang dibuktikan oleh usaha sama Perodua-Daihatsu serta banyak lagi usaha sama lain. Kita hidup dalam persekitaran global yang meluas dan untuk berjaya dalam saingan global, kita mesti mengumpulkan sumber  untuk berjaya.”

“Mengenai kritik ke atas usaha sama Proton-Geely, cukuplah. Proton akan mempunyai rakan strategik asing untuk melangkah ke hadapan, dan Malaysia masih mengekalkan penguasaan majoriti. Proton sudah terkenal sebagai jenama Malaysia dan tidak ada apa-apa pun yang dapat mengambilnya daripada Proton,” katanya.

mahathir Proton: Kenapa 3 Tahun Lepas Tun Tak Menitikkan Air Mata, Tak Membantah, Tak Menangis?

Mustapa juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak mengagihkan pinjaman mudah RM1.5 bilion yang dijanjikan kepada Proton pada April 2016, yang disyaratkan untuk Proton mendapat rakan strategik asing.

Beliau berkata kerajaan telah mengagihkan RM1.25 bilion kepada Proton, yang sebahagian besarnya digunakan untuk menyelesaikan pembayaran kepada vendor, manakala bakinya sebanyak RM250 juta akan diagihkan dalam tempoh seminggu.

“Proton sudah mengemukakan pelbagai pelan promosi eksport kepada kerajaan sejak lima tahun lepas. Malangnya tiada yang menjadi kenyataan,” katanya.

Sumber: MMO