Veteran DAP, Tan Seng Giaw Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Pulau Pinang

Veteran DAP, Tan Seng Giaw Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Pulau Pinang

Bukan kita yang kata tetapi Veteran DAP Tan Seng Giaw berkata. Dua kali – dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tiada jumlah propaganda DAP yang boleh menutupi penilaian realiti sebenar ke atas Pulau Pinang oleh pemimpin lama parti DAP.

Baca juga: Mengapa Lim Kit Siang Telah ‘Bunuh’ Tan Seng Giaw

Apakah Pulau Pinang Bakal Jadi Negeri Gagal?

Baca juga: Lim Guan Eng Perlu Ikut Undang-Undang – Tan Seng Giaw

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja. Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan.”

“Going round Penang Island to day, we find the coast is changing and Balik Pulau is less green. The population of 850,000 require houses and employment. The priority is to preserve the forest and the green.”

Veteran DAP, Tan Seng Giaw Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Pulau Pinang

Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Kepong itu melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau menulis 4 perkara ditulis tentang apa yang hilang di Pulau Pinang:

Pertama adalah keadaan pantai yang berubah.

Kedua adalah kehijauan di Balik Pulau.

Ketiga adalah populasi penduduk berjumlah 850,000 yang memerlukan rumah.

Keempat adalah peluang pekerjaan.