doj Wayang Tinggi Washington DC

Wayang Tinggi Washington DC

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan pantas membidas pengumuman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tentang meneruskan tindakan sivil untuk “pelucuthakan dan mendapatkan semula lebih kurang USD540 juta dalam bentuk aset” yang kononnya atas nama 1MDB dalam penyiasatan jenayah yang paling pelikoleh agensi penguatkuasa undang-undang.

apandi Kenyataan Peguam Negara Berkaitan Saman Sivil Terbaru Jabatan Kehakiman Amerika

Baca juga: Kenyataan Peguam Negara Berkaitan Saman Sivil Terbaru Jabatan Kehakiman Amerika

Sumber dalam 1MDB mengesahkan tiada seorang pun daripada ejen pihak berkuasa undang-undang Amerika pernah mengambil keterangan daripada sesiapa yang berada dalam firma pelaburan strategik Malaysia itu atau daripada sesiapa dalam Kerajaan Malaysia.

Amat membingungkan untuk DOJ menyiasat aduan jenayah yang kononnya sebagai “kecurian dan pengubahan wang haram daripada wang milik 1MDB”, tanpa benar-benar menjalankan kaedah yang betul mengikut amalan global dan diterima secara universal untuk sebarang penyiasatan jenayah.

Sudah hampir setahun sejak bekas Peguam Negara AS, Loretta Lynch membuat pengumuman sensasi semasa musim panas lalu, beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri 1437H.

Baca juga: DoJ Kata ‘Ya’, 1MDB Kata ‘Tidak’

Aduan pelucuthakan sivil adalah semata-mata dakwaan bahawa wang atau harta terlibat dalam atau mewakili hasil kutipan jenayah. Tuduhan ini tidak terbukti sehingga penghakiman keputusan mahkamah memihak kepada AS. (Sumber: US Department of Justice)

DOJ benar-benar mempermainkan dan menyalahgunakan “Bertindak atas nama rakyat Malaysia”. Mereka tidak mendapatkan sebarang bantuan daripada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia, termasuk Peguam Negara yang merupakan seorang pegawai yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Rakyat Malaysia secara sah diwakili oleh Kerajaan yang telah dilantik ke jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah mendapat kawalan majoriti Parlimen ke-13 empat tahun lalu.

Jadi siapa “rakyat Malaysia” ini jika DOJ gagal untuk berunding dan meminta bantuan dengan Kerajaan ‘Rakyat Malaysia, oleh rakyat Malaysia dan bagi rakyat Malaysia’ yang dipilih secara sah dan demokratik?

Terdapat beberapa individu yang dinamakan dalam pengumuman yang sama dibuat oleh AG Lynch Julai lalu. Walau bagaimanapun, mahkamah sivil yang memproses untuk merampas aset Low Taek Jho menghadapi halangan kerana estoppel yang dibuat oleh keluarganya.

Berita yang terbaru adalah DOJ sedang membawanya untuk menghadapi tuduhan jenayah.

Malah cerita itu juga tidak boleh dipercayai kerana dipetik dari Wall Street Journal, yang telah menggunakan”Satu sumber yang tidak dinamakan” lagi dan lagi berulang sebagai rujukan cerita sepanjang laporan berat sebelah dan juga palsu mereka mengenai 1MDB, yang termasuk Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak.

Tidak perlu dikatakan, pengumuman kedua DOJ ini yang kononnya untuk mewujudkan gelombang kejutan hanyalah tembakan meriam peluru kapur. Ia berbunyi kuat dan dan berasap tetapi ia sama sekali hanya untuk perarakan dan bukan bedilan maut.

Kemudian lagi, kekurangan penyiasatan lebgkap oleh DOJ yang termasuk kenyataan daripada mereka yang dikatakan telah dirompak tetapi tindakan telah dimulakan amatlah menampakkan manifestasi sikap tipikal ‘Cowboy’ yang terkenal dengan wild, wild west.

Tembak dahulu dan tembak lagi beberapa das, dan kemudian baru bertanya soalan.

Ia adalah sangat berdrama untuk menggeletek fikiran untuk memenuhi kemahuan aksi yang media Amerika amalkan secara komersil dan berkembang pesat sejak abad yang lalu dan tiada yang lebih.

Saman Sivil DoJ: Satu Jenayah Tanpa Mangsa?

Kenyataan media, oleh pihak ‘mangsa yang terkilan’: 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh

Kenyataan media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 16 Jun 2017
Untuk terbitan segera

Tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

1MDB mengambil maklum kandungan tuntutan mahkamah sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (“DOJ”) ke atas aset tertentu.

1MDB menekankan bahawa ia bukan satu penama kepada saman sivil juga tidak dihubungi oleh DOJ berhubung dengan perkara ini.

1MDB mengambil maklum yang permohonan sivil itu tidak mempunyai lampiran yang menyatakan bukti berdokumentari dan kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan DoJ.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat daripada pihak berkuasa domestik yang sah yang berkaitan.

Oleh Bigdog