Adakah Mukhriz Tahu Apa Itu Komplot & Konspirasi?

Adakah Mukhriz Tahu Apa Itu Komplot & Konspirasi?

Hari ini, Mukhriz memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Najib sekurang-kurangnya sejak tahun 2014, tetapi menolak tuntutan bahawa ini adalah “konspirasi”.

Adakah Mukhriz tahu apa konspirasi? Anda bekerja di belakang tabir, kelihatan mesra dan menyokong di hadapan khalayak ramai tetapi sepanjang masa itu mensabotaj, membuat rancangan dan menikam belakang.

Itu bukan konspirasi? Aduh Boboi.

Mukhriz Mengaku Mahathir & Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sejak 2014


Baca juga: Mukhriz Mengaku Mahathir & Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sejak 2014
Baca juga: Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib

Saya telah bercakap tentang ini selama bertahun-tahun dan sentiasa mempertahankan bahawa serangan Mahathir dan Muhyiddin terhadap Najib tidak ada kaitan dengan 1MDB atau Malaysia akan bankrap atau apa sahaja yang orang-orang berbahaya ini tuduh sekarang.

Semuanya bermula selepas pemilihan UMNO di mana Mukhriz kalah tipis dan Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anaknya.

“Dana Presiden” yang dikecohkan sebenarnya amat diketahui oleh Mahathir dan Muhyiddin dan kedua-duanya juga menerima wang dari dana ini untuk kempen PRU13.

Inilah sebabnya kenapa pada Jun 2014, Muhyiddin tiba-tiba menyokong untuk TIDAK mengadakan pemilihan parti walaupun sebelum itu menyeru ia diadakan.

Beliau mungkin menyangka bahawa Najib berada di ambang kejatuhan jadi Muhyiddin dapat menjadi Presiden tanpa harus bertanding menentang Zahid – pertembungan yang mana Muhyiddin tanpa karisma akan kalah.

Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib

Mereka sudah TAHU bahawa WSJ akan menerbitkan butiran tentang RM2.6 bilion HANYA SEMINGGU selepas bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti kerana MEREKALAH yang mengatur untuk membocorkannya kepada media antarabangsa – walaupun mengetahui bahawa wang tersebut akan digunakan untuk tujuan parti dan BUKAN masuk poket Najib.

Mereka jugalah orang-orang yang menghantar macai-macai Khairuddin dan Matthias untuk menjelajah ke seluruh dunia untuk membuat laporan.

Orang-orang ini adalah golongan yang sangat berbahaya dan tidak keberatan untuk memusnahkan reputasi Malaysia, mensabotaj ekonomi kita, bekerjasama dengan kuasa asing, menggunakan kerjasama jentera dalaman kerajaan – semua dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan merebut kuasa.

Dan sebagaimana Mahathir menulis di blognya hari ini, orang-orang ini akan membuat U-turn sebanyak yang mereka perlukan hanya untuk dapatkan sokongan dalam usaha mereka untuk merampas kuasa tetapi mereka TIDAK percaya pada U-turn mereka sendiri. Mereka semata-mata bukan orang yang ikhlas.

DAP Mahu Jawatan TPM, Bukan PM - Mahathir

Orang-orang ini mesti dihapuskan terus daripada arena politik kerana mereka tidak boleh dipercayai dan tidak peduli kepada sesiapa kecuali diri mereka dan ego mereka.

Mereka tidak peduli jika reputasi atau ekonomi Malaysia rosak akibat konspirasi mereka dengan kuasa dan media asing.

Reputasi negara, masa depan dan kebajikan rakyat bukanlah keutamaan mereka.

Matlamat peribadi dan ego adalah yang paling penting bagi mereka.

KITA MESTI HALANG DAN TOLAK GOLONGAN KAYA-RAYA YANG LICIK YANG MENIKAM BELAKANG BUAT SELAMA-LAMANYA!

Dan semua orang-orang Cap Bunga yang delusional sekarang pasti akan sedar mereka telah dipergunakan untuk ketamakkan peribadi golongan itu selama ini.

Perjuangan? Tolonglah.

Oleh Lim Sian See