Akta 'Hard Power' Seperti SOSMA, POTA & MKN Digunakan Seluruh Dunia, Tak Sekejam ISA

Akta ‘Hard Power’ Seperti SOSMA, POTA & MKN Digunakan Seluruh Dunia, Tak Sekejam ISA

Pelaksanaan akta ‘hard power’ seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah mirip akta keselamatan digunakan seluruh dunia.

Dakwaan pembangkang menuduh pewartaan tiga akta ini sebagai bukti Malaysia membelakangi amalan demokrasi jelas merupakan ‘spin’ politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.


Baca juga: Akta POTA VS Akta ISA
Baca juga: PAS Nekad Sokong Akta POTA, Tidak Nafikan Perlunya Undang-Undang Itu

“Dakwaan tersebut adalah putar belit fakta. Ini kerana akta-akta di atas adalah akta pencegahan yang memenuhi peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan negara,” katanya dipetik blog beliau, hari ini.

Berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuhkan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memegang pemerintahan negara, SOSMA, POTA dan MKN kata Salleh lebih demokratik.

“ISA digunakan dalam tragedi Memali pada tahun 1985, digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang dan akitivis NGO dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, dan digunakan untuk menyekat cabaran Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan negara pada tahun 1998.

Mahathir Nyanyuk, Ordinan Darurat & ISA Sudah Tiada


Baca juga: POTA & POCA: Bila Berdepan Ancaman Daesh Baru Nak Akur Keberkesanannya?
Baca juga: Mahathir Tidak Pernah Guna ISA Untuk Tahan Pengkritiknya?

“Bezanya ialah dahulu akta ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara,” jelasnya.

Tambah Salleh, tahanan SOSMA boleh mencabar penahanannya di mahkamah dan pendakwaan mengekalkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, bukan seperti ISA yang menahan individu tanpa bicara.

“Jelasnya SOSMA itu bukan ISA.  Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

“Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini.  Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk negara,” ujarnya lagi.

Siasatan Terhadap Maria Chin Bawah SOSMA Amat Wajar & Tepat


Baca juga: Pendirian Mahathir Terhadap SOSMA Bertentangan Dengan Pendiriannya Semasa Jadi PM
Baca juga: Selama Bertahun-Tahun Mahathir Salahkan Najib Kerana Mansuh ISA & Diganti SOSMA

Pendakwaan pertama SOSMA dikenakan terhadap pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah dimana 104 warga Filipina dikaitkan dengan pengganas Jamalul Kiram III telah diberkas.

Akta bagi membanteras keganasan itu juga pernah dikenakan terhadap pemimpin NGO pro pembagkang, Maria Chin Abdullah diatas cubaan menjejaskan keharmonian negara menerusi himpunan Bersih 5.0.

Turut ditangkap dibawah akta sama, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang mengetuai Gerakan Baju Merah berdemonstrasi pada hari sama perhimpunan Bersih.

Jamal dan Maria kemudiannya dibebaskan selepas beberapa hari direman pihak polis.


Baca juga: Akta MKN Tangani Ancaman Keganasan Dengan Lebih Baik – Panglima ATM
Baca juga: Akta MKN Tidak Mampu Ketepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong

Sumber: Malaysian Digest