Fitnah Rombongan Najib Tolak Penumpang Bas MRT Ke Belakang, Ini Cerita Penumpang

Fitnah Rombongan Najib Tolak Penumpang Bas MRT Ke Belakang, Ini Cerita Penumpang

Portal berita pro-pembangkang Malaysiakini mendakwa penumpang bas perantara ke stesen MRT dipaksa untuk duduk di tempat duduk belakang bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak duduk di bahagian hadapan.

Menurut laporan Malaysiakini, ianya merupakan sebuah rombongan tertutup antara Najib bersama selebriti media sosial, namun kapsyen Facebook digunakan portal berkenaan bagi berita tersebut memberi imej bahawa rombongan Najib menyalahgunakan kuasa dengan memaksa penumpang duduk di belakang.

Fitnah Rombongan Najib Tolak Penumpang Bas MRT Ke Belakang, Ini Cerita Penumpang


Baca juga: Jika Ikut Hasutan Rafizi, MRT Tidak Akan Siap
Baca juga: Malaysiakini, Penumpang Mana Yang Dipaksa Ke Belakang Untuk Beri Laluan Rombongan PM?

“Penumpang MRT nampaknya telah dipaksa untuk bergerak ke belakang keretapi bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri dan rombongannya,” tulis kapsyen Malaysiakini.

Posting berkenaan walaubagaimanapun sudah dipadam Malaysiakini setelah salah seorang penumpang bas berkenaan menceritakan perkara sebenar di Facebook, dan menjadi viral.

Penumpang berkenaan, William Cheah menceritakan beliau dan isterinya Yi Lyn Chan merupakan individu ‘dipaksa’ untuk ke tempat duduk belakang sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Fitnah Rombongan Najib Tolak Penumpang Bas MRT Ke Belakang, Ini Cerita Penumpang


Baca juga: MRT Sistem Pengangkutan Bertaraf Dunia
Baca juga: Kos Pembinaan MRT Singapura & Malaysia

“Saya berada di sana. Betullah tu. Sayalah “penumpang” yang dipaksa untuk ke belakang.. jika merujuk kepada (penulisan) sampah 18 tahun yang bertopengkan sebagai suara rakyat.

“Kepada sesiapa sahaja yag menulis (artikel) ini. Bas berkenaan merupakan bas khas dan tempat duduknya juga sudah ditetapkan. Sudah dirancang dan diaturkan.

“Malah… nama kami sudah dilekatkan di kerusi berkenaan,” jelas William yang menaiki bas berkenaan bersama Najib.

Hadir bersama rombongan Najib mencuba perkhidmatan MRT berkenaan adalah isterinya, serta selebriti terkenal termasuk Wak Doyok, karl Syafek, Puteri Balqish, Faiz Dickie dan selebriti tempatan lain.

MRT Malaysiakini, Penumpang Mana Yang Dipaksa Ke Belakang Untuk Beri Laluan Rombongan PM?


Baca juga: Jika Ikutkan Undi, MRT Tak Dibina Dari Sg Buloh Ke Kajang
Baca juga: Kos MRT: Betulkah Rafizi Akauntan Bertauliah?

Jelas William, Najib dan Rosmah merupakan hos yang merendah diri dan artikel diterbitkan oleh Malaysiakini adalah cubaan untuk memburukkan imej pasangan berkenaan.

“Tolonglah… cerita perkara sebenar. Laluan MRT yang diuji hari ini (semalam) belum dibuka kepada awam lagi!!! Hanya orang yang dijemput berada di sana. Jadi kamu bercakap mengenai penumpang hantu mana ni???

“Macam pengundi 40 ribu pengundi Bangladesh yang kamu tidak temui semasa Blackout yang tidak pernah terjadi dahulu? Atau lebih serius.. Langkah Kajang yang pernuh dengan lompang sehinggakan ikan paus boleh berenang didalamnya? Ini adalah #therealkajangmove,” tulisnya lagi.

William turut dihubungi oleh Malaysiakini dan portal berkenaan sudah menerbitkan artikel versi kemaskini dengan memasukkan cerita sebenar daripada William.

Fitnah Rombongan Najib Tolak Penumpang Bas MRT Ke Belakang, Ini Cerita Penumpang

Sumber: Malaysian Digest