Kerajaan Sekarang Yang Hapuskan ISA Tidak Demokratik?

Kerajaan Sekarang Yang Hapuskan ISA Tidak Demokratik?

Ada pihak yang mendakwa pemerintahan sekarang tidak demokratik.

Bagi membuktikan dakwaan ini, maka Akta SOSMA, POTA, dan MKN digunakan sebagai bukti negara ini tidak demokratik.

Dakwaan tersebut adalah putar belit fakta. Ini kerana akta-akta di atas adalah akta pencegahan yang memenuhi peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan negara.

Akta sebegini adalah hard power yang digunakan oleh semua negara di dunia ini, baik itu negara demokratik atau negara komunis.

Kerajaan Sekarang Yang Hapuskan ISA Tidak Demokratik?


Baca juga: POTA & POCA: Bila Berdepan Ancaman Daesh Baru Nak Akur Keberkesanannya?
Baca juga: Mahathir Tidak Pernah Guna ISA Untuk Tahan Pengkritiknya?

Dahulu akta pencegahan ini kerap digunakan. Misalnya, ISA digunakan dalam tragedi Memali pada tahun 1985, digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang dan akitivis NGO dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, dan digunakan untuk menyekat cabaran Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan negara pada tahun 1998.

Bezanya ialah dahulu akta ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara.

SOSMA  masih membenarkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, dan boleh dicabar di mahkamah, bukannya seperti ISA yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

Siasatan Terhadap Maria Chin Bawah SOSMA Amat Wajar & Tepat


Baca juga: Pendirian Mahathir Terhadap SOSMA Bertentangan Dengan Pendiriannya Semasa Jadi PM
Baca juga: Selama Bertahun-Tahun Mahathir Salahkan Najib Kerana Mansuh ISA & Diganti SOSMA

SOSMA tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya seperti mana ISA. Pada 20 Mei 2013, Mahkamah Tinggi telah memutuskan dalam kes penahanan Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim bahawa Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman keselamatan di Malaysia.

Jelasnya SOSMA itu bukan ISA. Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini. Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggunjawabnya untuk negara.

Oleh Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia