Mahathir Terdesak, Adakah Tuduhan Anwar Peliwat Tidak Benar? - PAS

Mahathir Terdesak, Adakah Tuduhan Anwar Peliwat Tidak Benar? – PAS

PAS menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup membuat pusingan-U menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mempersoal adakah tuduhan liwat terhadap Anwar satu ketika dahulu tidak benar apabila Mahathir secara tiba-tiba ingin menerima semula Penasihat Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.

Jika Mahathir Sokong Anwar Jadi PM, Sepatutnya Dilakukan 20 Tahun Dahulu


Baca juga: Mahathir Dicabar Mohon Maaf Kepada Anwar Jika Dakwa Dihukum Secara Tidak Adil
Baca juga: Jika Mahathir Sokong Anwar Jadi PM, Sepatutnya Dilakukan 20 Tahun Dahulu

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri. Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kenyataan kepada The Guardian ketika di London baru-baru ini dilaporkan menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau mendapat pengampunan diraja.