MRT Malaysiakini, Penumpang Mana Yang Dipaksa Ke Belakang Untuk Beri Laluan Rombongan PM?

Malaysiakini, Penumpang Mana Yang Dipaksa Ke Belakang Untuk Beri Laluan Rombongan PM?

Saya tidak suka politik. Tidak pernah suka. Hanya ada satu perkara yang saya benci atau mungkin lebih. Berita palsu bertujuan untuk mensensasikan sesuatu peristiwa.

Saya faham bahawa politik adalah kotor dan kerana itu saya jarang komen mengenainya lagi. Kedua-dua pihak adalah kotor sesama sendiri. Tetapi ini melampaui tahap toleransi saya. KHUSUSNYA APABILA IA MELIBATKAN SAYA DAN ISTERI SAYA YiLyn Chan.

Saya ada di sana. Anda memang betul. Saya adalah “penumpang” yang dipaksa ke belakang, jika menurut sampah (Malaysiakini) berusia 18 tahun yang bertopengkan sebagai suara rakyat ini.

Kepada siapa pun yang menulis ini. Bas itu adalah bas yang dikhaskan dan tempat duduk secara khusus disediakan. Sangat terancang dan teratur. Malah nama kami juga dicetak di atasnya (tempat duduk). Jadi ya, kami berada di belakang, tapi itu tiada masalah. Kami suka duduk di situ. Pemandangan yang bagus tentang semua yang sedang berlaku. Selesa. Dan tiada seorang pun daripada rombongan itu menolak kami.

DS Najib dan DS Rosmah adalah host yang ramah. Apabila saya terjatuh apabila melalui depannya ketika ke tempat duduk saya, beliau memegang saya dan bertanya sama ada saya ok. Dan beliau bergaul dengan semua orang. Malah memainkan lagu Ed Sheeran melalui Spotify untuk menghiburkan kami.

Dan tolonglah, dapatkan fakta anda dengan betul. Laluan MRT yang diuji hari ini belum dibuka kepada orang ramai lagi! Hanya tetamu yang dijemput berada di sana. Jadi, apa penumpang hantu yang anda cakap? Seperti 40 ribu pengundi Bangladesh yang anda tidak boleh jumpa atau Blackout yang tidak pernah berlaku? Atau lebih serius, Langkah Kajang yang begitu penuh dengan lubang yang bahkan ikan paus boleh berenang melaluinya? Ini adalah #therealkajangmove.

Saya serius tidak peduli dengan politik. Saya ada benda lain yang lebih penting yang saya rasa lebih memerlukan masa saya. Tetapi Neraka akan membeku sebelum saya biarkan ‘sampah’ memburukkan host saya yang cukup baik untuk membenarkan saya merasai pengalaman salah satu pencapaian Malaysia yang terhebat setakat ini.

Kepada siapa pun yang menulis ini. Memalukan. Kepada siapa pun yang membenarkan ini. Anda juga memalukan. Turunkan sampah ini dan jagalah maruah dan penghormatan diri untuk profesion anda.

Tidak pernah saya begitu jijik terhadap media sehingga hari ini. Anda tidak layak untuk hidup melebihi 18 tahun. Saya berharap saya boleh mengatakan bahawa anda adalah low class tetapi kemudian itu akan bermakna memuji anda. Anda tidak mempunyai sebarang class pun.

Kita bergantung kepada media untuk memberikan maklumat yang membolehkan kita membuat keputusan termaklum. Tetapi jika media menyebarkan maklumat palsu, maka mereka melakukan satu perkhidmatan yang buruk kepada semua orang. Mereka mempunyai kewajipan untuk jujur ​​atau sekurang-kurangnya tidak berdusta.

Oleh William Cheah