Pakar Ekonomi: Rancangan Pakatan Harapan Hapus GST Tak Masuk Akal

Pakar Ekonomi: Rancangan Pakatan Harapan Hapus GST Tak Masuk Akal

Pakar ekonomi menganggap rancangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai dasar ekonomi yang “tidak masuk akal” dan mempersoalkan keperluan berbuat demikian.

Semalam, pengerusi Pakatan Harapan yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan idea itu sebagai sebahagian daripada manifesto pembangkang dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kuasa.


Baca juga: GST Benar-Benar Boleh Memusnahkan Sesebuah Negara?
Baca juga: Mengapa Sistem GST 0% Pakatan Tidak Masuk Akal & Ada Sebab Tersembunyi

Ahli Akademik, Firdaos Rosli bagaimanapun mempersoalkan rancangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST.

“Ia tak masuk akal. Secara ekonomi tidak masuk akal,” kata Firdaos yang merupakan pengarah Integrasi Ekonomi, Perdagangan dan Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (Isis).

“Jika (Pakatan Harapan) mengambil alih kuasa persekutuan dan menghapuskan GST, ia akan mengurangkan kira-kira RM40 bilion hasil yang dibelanjakan, yang akan menjejaskan keupayaannya untuk mentadbir. Bukan strategi politik yang baik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Langkah itu berpotensi menjejaskan komuniti perniagaan di Malaysia dan bukan meringankan beban mereka, kata Firdaos.

GST Terhadap Lebih 60 Barangan Makanan Dibatalkan


Baca juga: Undi Pakatan, Anda Akan Dikenakan Cukai SST & GST Serentak!
Baca juga: Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

“Tidak ada jaminan bahawa harga akan lebih murah dengan pemansuhan GST. Malah, di Malaysia, pengurangan GST akan beri kesan perniagaan yang telah menggabungkan sistem cukai ke rantaian bekalan mereka sepenuhnya. Kita sudah dalam tahun kedua melaksanakannya. Adakah Pakatan Harapan mahu sesuatu perniagaan mengambil risiko lebih tinggi dengan menghapuskan GST?” Katanya.

Firdaos turut menyenaraikan merit pelaksanaan GST.

“Kita hidup dalam era di mana tiada sistem cukai yang lebih baik selain GST yang boleh digunakan sebagai penampan semasa krisis ekonomi. Pengumpulan hasil GST tetap mantap semasa krisis ekonomi, tetapi bukan cukai langsung. Kita melihat ini di banyak negara, termasuk kita sendiri dalam tempoh dua tahun yang lalu atau lebih,” katanya.

Pendapat itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, yang mengatakan GST adalah perlu untuk mengelakkan pendapatan negara berkurangan akibat kejatuhan harga minyak.

Sumber: Malaysiakini