1MDB Mangsa Drama Politik, Penyebaran Fakta Salah & Maklumat Palsu - Khalid Ibrahim

1MDB Mangsa Drama Politik, Penyebaran Fakta Salah & Maklumat Palsu – Khalid Ibrahim

Bekas Menteri Besar Sela­ngor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walau bagaimanapun, kemelut isu membabitkan syarikat pelaburan negara itu telah menjadi mangsa drama politik di samping penyebaran fakta-fakta dan maklumat salah terutama melalui media-media sosial.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian sekali gus memberi gambaran bahawa 1MDB berada dalam kepincangan dan digunakan untuk membiayai aktiviti politik.


Baca juga: Nilai Aset 1MDB Mampu Tampung Liabiliti Malah Hasilkan Lebihan – Khalid Ibrahim
Baca juga: Pelan Rasionalisasi Capai Kemajuan, Isu ‘Bailout’ 1MDB Tidak Relevan – Khalid Ibrahim

“Dalam perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda kelmarin bersama para pemimpin PAS, beliau telah memberikan taklimat kepada kami mengenai kedudukan semasa 1MDB yang kini dalam pelan penstrukturan semula.

“Kesimpulannya, nilai semasa bersih aset yang dimiliki oleh 1MDB masih mampu memberi perkhidmatan kepada liabiliti semasa dan masa hadapan,” katanya seperti dipetik menerusi Facebook beliau, hari ini.

Abdul Khalid berkata, bagi mengelak komplikasi dalam pe­ngurusan aset-aset mereka pada masa depan, ia perlu dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) sebagai pemilik sebagaimana dalam rancangan pelan penstrukturan semula itu.

Jelasnya, 1MDB boleh membuat pembayaran hutang yang sewajarnya apabila pendapatan dan keuntungan daripada transaksi aset oleh MOF Inc. mengalir ke 1MDB.

“Pengurusan penstruk­turan semula 1MDB mesti memastikan nilai semasa bersih semasa aset terus dikekalkan supaya tidak ada gangguan dalam membayar hutang dan komitmen. Memandangkan senario ini, penyusunan semula itu adalah dalam kemajuan baik.

“Seperti yang dijelaskan oleh Arul, menjelang akhir tahun ini, selepas penguatkuasaan transaksi aset dan penyelenggaraan komitmen hutang, 1MDB bersedia untuk diubah menjadi entiti baharu atau dibubarkan. Ini akan menamatkan era entiti pelaburan yang keliru,” katanya.