76 Tahun 'Pelarian' Lim Kit Siang: 3 Negara, 5 Negeri, 11 Pilihan Raya, 6 Parlimen

76 Tahun ‘Pelarian’ Lim Kit Siang: 3 Negara, 5 Negeri, 11 Pilihan Raya, 6 Parlimen

Gelaran ‘Pemimpin Nomad’ mungkin paling sesuai digelarkan kepada ahli parlimen dan pemimpin paling lama memerintah DAP, Lim Kit Siang, akibat kegemarannya yang suka berpindah-randah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kit Siang lahir pada 20 Februari 1941 di sebuah perkampungan bernama Zhangzhou, sebuah Wilayah dari tanah besar China, sepertimana laporan akhbar Sin Chew Jit Poh.

Menurut biografi di blog Kit Siang pula, beliau mengakui ‘tiba’ di Malaysia pada 1957 ketika berumur 16 tahun, namun telah diubah baru-baru ini kepada ‘lahir’ di Batu Pahat Johor, pada 1941.

Kenapa Lim Kit Siang Marah-Marah Bila Ditanya Tempat Lahir, Jawab Sajalah - Huan Cheng Guan

Sebelum menetap di Malaysia dan menubuhkan DAP, Kit Siang merupakan pengamal media di Singapura dan menjadi editor sebuah akhbar di republik berkenaan.

Beliau secara rasmi menyertai politik sebagai setiusaha politik kepada Devan Nair yang bertanggungjawab menubuhkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Tanah Melayu sebagai proksi Parti Tindakan Rakyat (PAP), Singapura.

Setelah Singapura secara rasminya keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1965, Kit Siang menubuhkan DAP pada 1966 dan memulakan kariernya sebagai ahli parlimen tiga tahun kemudian.

Penyertaan Kit Siang di Dewan Rakyat bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-3 pada 1969 lagi apabila beliau memenangi kerusi parlimen Kota Melaka selama dua penggal sehingga 7 Julai 1978.

Beliau kemudian berpindah ke Selangor dan bertanding di parlimen Petaling pada PRU-5 dan menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan selama satu penggal sebelum kembali berpindah ke Kota Melaka pada penggal berikutnya.

Tamat penggal PRU6 1982, Kit Siang berpindah lagi tetapi kali ini ke Pulau Pinang dan bertanding di Parlimen Tanjong dan menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan selama tiga penggal sehingga PRU9.

Kit Siang akhirnya kalah pada PRU10 tetapi dilantik menjadi Pengerusi DAP setelah menggalas tugas Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun sejak 1969.

Beliau kembali bergelar ahli parlimen selepas memenangi PRU-11 di Ipoh Timur, Perak dan mewakili kawasan berkenaan selama dua penggal sebelum memutuskan untuk mencabar bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman pada PRU13 lalu di Gelang Patah, Johor.

Kini, dengan penggal PRU13 hampir tiba di penghujungnya, Kit Siang dikhabarkan telah menukar alamat pengundiannya kembali ke Pulau Pinang ke Parlimen Tanjong.

Perkhabaran ini nyata tidak disenangi penduduk Gelang Patah yang majoritinya berang akan tindakan wakil rakyatnya tidak turun padang dan hanya muncul ketika musim perayaan mengedarkan buah limau atau buah kurma.

PRU14: Selamat Tinggal Gelang Patah, Lim Kit Siang Kembali Ke Pulau Pinang

Cuma, kalau benarlah Kit Siang ini ‘hebat’, kenapa hanya bertanding di kawasan majoriti Cina? Mengapa tidak di kawasan pengundi bercampur (50-50 pengundi Cina dan Melayu).

Masuklah gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah? Kalau kata takut kalah, tidak yakinkah pada jentera DAP?

Sumber: Malaysian Digest