Cerita Sistem Pelancar Roket Berganda Paling Kelakar

Cerita Sistem Pelancar Roket Berganda Paling Kelakar

Malaysian Incite (The Malaysian Insight) hari ini menerbitkan satu lagi sampah mengenai perjanjian pertahanan antara Malaysia dan China.

Laporan The Malaysian Incite mengenai tawaran Sistem Pelancar Roket Berganda oleh China kepada Malaysia

“Sehingga sebanyak 12 unit sistem pelancaran roket berganda (MLRS) AR3 akan ditawarkan kepada Malaysia dalam program pembelian dengan tempoh pinjaman 50 tahun,” tulis Malaysian Incite memetik sumber yang tidak disebut nama (sangatlah boleh dipercayai) yang dipercayai oleh ramai pemerhati pertahanan tempatan dan penulis sebagai seseorang yang memiliki nama keluarga ‘Lam.’

50 tahun? Ini hanya untuk menguja penyokong pembangkang bodoh yang tidak dapat membezakan perbezaan antara piring ASTRO DTU yang tidak tahan hujan dengan ASTROS II milik tentera. Dalam masa 30 tahun sistem ASTROS telah banyak dinaiktaraf dan sistem baru yang dikenali sebagai ASTROS 2020 sudah di dalam tahap pembangunan. Adakah anda bermaksud Malaysia akan terikat dengan satu sistem usang untuk separuh hayat sistem itu dan masih perlu membayarnya?

Astros II MLRS

Pertamanya, Tentera Malaysia sudah mempunyai enam battery ASTROS II MLRS yang diperoleh dalam dua kelompok pada 2002 dan 2007. ASTROS II adalah terbukti dalam pertempuran dan pertama kali digunakan semasa Perang Teluk oleh pasukan Arab Saudi. Perbezaan yang jelas antara ASTROS II dan sistem AR3 yang “China tawarkan” adalah jarak tembakan roket dan sistem pelancaran roket berganda berpandu (Guided Multiple Launch Rocket System – GMLRS) yang berlawanan dengan MLRS yang disasarkan secara konvensional yang digunakan oleh Tentera Malaysia.

Keduanya, pemilihan masa Malaysian Incite menerbitkan artikel mengenai MLRS bertepatan dengan Hari Kebangsaan Singapura – dan melihatkan Malaysian Incite sama jahatnya dengan Malaysiakini (atau cuba untuk mengalahkan Malaysiakini sebagai portal budak jahat), perkara terbaik untuk dilakukan pada pertengahan minggu (yang kebetulan Hari Kebangsaan Singapura) adalah untuk mewujudkan satu titik dingin dalam hubungan Malaysia-Singapura.

Ketiganya, MLRS adalah sistem senjata untuk operasi menyerang. Tiada siapa yang membeli MLRS melainkan jiran yang ada di sebelahnya membeli terlebih dahulu. Dalam kes Malaysia, Thailand menjadi pengendali MLRS yang pertama di hujung Asia ini. Oleh itu, kita membeli ASTROS II. Dua tahun selepas kita memperolehi kelompok kedua, Singapura membeli US M-142 HIMARS. Oleh itu, Singapura tiada apa yang nak ditakutkan jika Malaysia diberikan akses kepada AR3 oleh China kerana jika dilancar dari Woodlands, HIMARS akan dapat memusnahkan Bangi dan Kajang berbanding dengan AR3 yang memusnahkan Woodlands hanya jika dilancarkan dari Ayer Keroh.

Keempat, MLRS baru bukanlah sesuatu yang dikehendaki oleh Tentera Malaysia sekarang. Ia mempunyai kebimbangan lain untuk ditangani. Ia bersedia untuk mempertahankan pencerobohan darat dan melindungi infrastruktur dan unit serangan dengan sistem pertahanan udaranya jika diperlukan. Seperti Singapura, ancaman asimetri kini menjadi kebimbangan utama, dan bukannya mengambil berat tentang saling memerangi antara satu sama lain, Malaysia dan Singapura bekerjasama dengan rapat (malah dengan negara-negara lain) untuk memerangi ancaman yang tidak simetri.

Kelimanya, berada bawah sasaran tembakan MLRS adalah seperti berada di dalam hujan keluli dan bahan peledak yang tinggi, tembakan tepu (saturation fire) adalah konsepnya. Anda tidak memerlukannya untuk menjadi super-duper tepat kerana apabila roket mencecah tanah, tidak ada tempat selamat yang boleh anda bersembunyi. Dan apakah ini mengenai AR3 yang mempunyai radar kerana isu kawalan ruang udara telah menjadi titik dingin antara Malaysia dan Singapura? AR3 tidak direka untuk melakukan pertahanan udara. Ia adalah sistem yang serangan daratan! Ia menembak sasaran di permukaan, bukan di udara!

The Malaysian Incite cuba untuk menjadi bijak dalam hal pertahanan tetapi kelihatan sangat bodoh dengan cuba untuk berlagak bijak

Yang terkahir, bacalah The Malaysian Incite hanya jika anda percaya bahawa China mempunyai keupayaan untuk mengawal dari jauh AR3 yang “Malaysia akan dapat” untuk melancarkan roket ke Singapura jika Malaysia enggan berbuat demikian. The Malaysian Incite sememangnya portal untuk manusia tanpa otak yang menyedihkan.

read this I so scare one lor! I scare oledi Singapore sure scare one mah!

Jika saya adalah Angkatan Tentera Malaysia, dan dalam satu dekad saya mahu menggantikan ASTROS II saya, saya mungkin akan mendapatkan ASTROS 2020 dengan peluru berpandu taktikal dengan jarak 300 kilometer, jika saya benar-benar mahukan sistem sedemikian. Selain itu, saya akan mencari sistem dengan persamaan untuk peralihan mudah pengendalian.

Dan tambahan lagi, Najib Razak tidak membuat musuh dengan jiran. Kita telah pernah suatu masa dahulu, banyak kali membuat musuh dengan jiran selama 22 tahun.

Sumber: Seademon