Lim Guan Eng Akhirnya Akui Kerajaan Persekutuan Yang Bantu Kurangkan Hutang Pulau Pinang

Lim Guan Eng Akhirnya Akui Kerajaan Persekutuan Yang Bantu Kurangkan Hutang Pulau Pinang

Terima kasih YAB Lim Guan Eng kerana akhirnya mengakui pengurangan hutang Pulau Pinang sehingga 95% adalah berikutan bantuan Kerajaan Persekutuan.

1. Bagai satu kelaziman buat Lim Guan Eng untuk melakukan serangan peribadi dan menggelar orang lain dengan pelbagai nama melalui kenyataan rasminya apabila beliau tidak mampu menjawab sesuatu yang tidak boleh dinafikan, iaitu pengurangan hutang Pulau Pinang sebanyak 95% adalah berikutan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bukan disebabkan sistem Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT) mereka mahupun pengurangan gejala rasuah sebagaimana didakwanya.

Lupus Hutang Negeri Pulau Pinang Tiada Kaitan 'Kehebatan' Lim Guan Eng Urus Kewangan

2. Saya berterima kasih kepada Guan Eng kerana akhirnya mengesahkan fakta ini melalui kenyataan dikeluarkan dua hari lalu dan memperbetulkan segala maklumat. Rakyat Pulau Pinang selama ini diberikan gambaran kononnya pengurangan hutang adalah kerana ‘kehebatan’ beliau sebagai Ketua Menteri.

3. Jika tidak kerana bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui perlaksanaan penstrukturan air dan rasionalisasi hutang pada 2011, sudah tentu hutang Pulau Pinang tidak akan dapat dikurangkan sehingga 95% malah akan turut berganda menjadi 300% daripada nilai asalnya.

4. Sama seperti dakwaan mengarut kononnya Kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini telah menjual tanah pada harga RM1 sekaki persegi di mana parti Gerakan sudahpun menyaman Guan Eng kerana memfitnah, parti DAP sudah terlalu lama dibiarkan dengan pembohongan mengenai pengurangan hutang sehingga 95% ini.

Saya amat berbesar hati kerana akhirnya kebenaran keluar dari mulut Guan Eng sendiri.

lim guan eng Lim Guan Eng Harus Berani Tunjuk Surat SPAN 'Paksa' Pulau Pinang Naikkan Kadar Air

5. Secara khususnya, Guan Eng juga perlu mengakui bahawa polisi CAT adalah gagal dalam mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang. Bukannya keberkesanan atau efisien, rakyat Pulau Pinang didepani perbelanjaan operasi kerajaan negeri Pulau Pinang meningkat tinggi sehingga 500% sejak DAP mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang pada 2008.

6. DAP seharusnya mengakui, bagi menampung peningkatan yang tidak terkawal bagi perbelanjaan di negeri itu, kerajaan Pulau Pinang perlu menjual atau memperdagangkan tanah dan aset negeri bernilai berpuluh billion ringgit.

7. Saya amat yakin rakyat Pulau Pinang bersetuju dengan saya bahawa menjual atau memperdagangkan aset kerajaan negeri bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri adalah sesuatu yang tidak mampan dan petunjuk kepada tadbir urus kerajaan yang tidak baik.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional