Lim Kit Siang Guna Alamat Kilang Kosong Untuk Mengundi Di Pulau Pinang?

Lim Kit Siang Guna Alamat Kilang Kosong Untuk Mengundi Di Pulau Pinang?

Berikut adalah gambar-gambar kilang kosong tempat Ketua Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang mendaftar untuk membolehkan beliau mengundi di Pulau Pinang. Walaupun beliau adalah Ahli Parlimen Gelang Patah, beliau telah menukar alamat ke kilang di bawah untuk membolehkan beliau mengundi di sini.

Kenapa kilang kosong menjadi pilihan Lim Kit Siang? Bukankah anak beliau adalah seorang Ketua Menteri yang mempunyai sebuah banglo tanpa kolam renang yang terletak di Jalan Pinhorn.

Bagi yang terlupa banglo tanpa kolam renang ini dibeli di bawah harga pasaran daripada Phang Li Khoon dan kedua-dua mereka telah didakwa di mahkamah kerana urusniaga pembelian tersebut. Lim Kit Siang mahu jadi pengundi hantu kah dengan mendaftar di kilang kosong?