Lim Kit Siang Ubah Profil Kelahiran Kepada 'Lahir' Di Johor, Bukan Lagi 'Tiba' Di Malaysia

Lim Kit Siang Ubah Profil Kelahiran Kepada ‘Lahir’ Di Johor, Bukan Lagi ‘Tiba’ Di Malaysia

Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menukar profil kelahiran di blognya daripada ‘tiba di Malaysia pada 1957’ kepada ‘lahir di Batu Pahat Johor’, pada 20 Februari 1941.

Perubahan berkenaan dipercayai berikutan isu kelahiran yang menimbulkan kemarahan Kit Siang di Parlimen baru-baru ini.

Kit Siang pada sidang media di lobi Parlimen pada 3 Ogos baru-baru ini ditanya wartawan berkaitan tempat kelahirannya namun, daripada menjawab soalan diajukan, ahli DAP itu kemudian memarahi wartawan berkenaan.


Baca juga: Lim Kit Siang Lahir Atau ‘Tiba’ Di Malaysia?
Baca juga: Lim Kit Siang Enggan Dedah Tempat Kelahiran, Sebaliknya Marah Wartawan

“Saya pernah jadi pemberita dan jika ada berita trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mula soal atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya dalam nada marah.

Wartawan kemudiannya terus mengasak ahli parlimen Gelang Patah itu untuk menjelaskan tempat kelahirannya namun Kit Siang enggan menjawab.

“Tidak! Tidak! Saya dahulu pun wartawan. Sila buat siasatan sendiri. Jika wartawan tidak selidik sendiri, saya tak boleh buat apa-apa. Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test‘,” katanya lagi.

Takkan Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk Sampai Tempat Lahir Sendiri Pun Sudah Lupa - Ramesh


Baca juga: Kenapa Lim Kit Siang Marah-Marah Bila Ditanya Tempat Lahir, Jawab Sajalah – Huan Cheng Guan
Baca juga: Takkan Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk Sampai Tempat Lahir Sendiri Pun Sudah Lupa – Ramesh

Isu kelahiran Kit Siang ditimbulkan oleh Pengerusi NGO Pertubuha Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao yang meragui kelahiran ahli politik DAP itu di Malaysia.

“Berdasarkan semakan saya di Wikipedia, Kit Siang tiba di Malaysia dari China pada 1957. Dan bila saya buat semakan sekali lagi, tiada lagi perkataan ‘tiba’. Terus ‘dilahirkan’ (di Malaysia). Jadi kenapa perlu ‘edit’? Segala maklumat mengenai ‘ketibaan’ dari China hilang dan yang tinggal adalah lahir di Batu Pahat.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, Kit Siang berasal dari Zhangzhou, sebuah perkampungan di wilayah Fujian, Tanah Besar China.

Media berkenaan menyatakan, Kit Siang pernah membawa anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pulang ke Zhangzhou pada 2008 bertemu ibu dan abang Kit Siang yang masih menetap di Fujian.

Ibu Kit Siang bernama Liang Yuzhi semetara abangnya bernama Jicheng.

Sumber: Malaysian Digest