Pelan Rasionalisasi Capai Kemajuan, Isu 'Bailout' 1MDB Tidak Relevan - Khalid Ibrahim

Pelan Rasionalisasi Capai Kemajuan, Isu ‘Bailout’ 1MDB Tidak Relevan – Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim percaya bahawa pelan “rasionalisasi” 1MDB sedang mencapai kemajuan dan cakap-cakap bahawa firma itu akan diselamatkan adalah “tidak relevan”.

Khalid, yang pernah menerajui Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd, berkata kesimpulan ini dibuat susulan taklimat oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada Isnin, lalu.

Pelan Rasionalisasi Capai Kemajuan, Isu 'Bailout' 1MDB Tidak Relevan - Khalid Ibrahim

“Perlu dinyatakan bahawa walaupun Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berjaya menilai operasi 1MDB tetapi tidak jelas jika firma itu boleh dipertahankan.

“Pada taklimat itu, Arul Kanda menjelaskan kepada kami bahawa kedudukan kewangan semasa firma itu dengan menunjukkan kepada kami kunci kira-kira 1MDB berikutan pelan penstrukturan semula yang dijalankan oleh pihak pengurusan.

“Kesimpulannya, nilai semasa aset bersih yang dimiliki oleh 1MDB mampu membayar liabiliti semasa dan masa hadapan serta akan mempunyai lebihan,” kata Khalid, yang juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Beliau berkata 1MDB kini boleh membuat bayaran ke atas hutangnya apabila pendapatan dan keuntungan dari asetnya, yang kini di tangan Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc), membawa hasil.

“Memandangkan senario penstrukturan semula ini menunjukkan kemajuan baik, isu menyelamatkan 1MDB tidak relevan,” tulis Khalid di laman Facebook semalam.