Scorpene: Bagaimana Pakatan Boleh Melepaskan Mahathir Sekarang?

Scorpene: Bagaimana Pakatan Boleh Melepaskan Mahathir Sekarang?

Anda tahu pilihan raya akan datang akan menjadi kotor apabila isu-isu pembohongan lama dikembalikan semula tanpa henti walaupun sudah dibongkarkan berulang kali.

Isu terbaru yang dibawa kembali adalah pembelian kapal selam Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia. Dua portal, Free Mischief Today (FMT) dan Malaysian Incite (The Malaysian Insight) menerbitkan satu laporan semalam mendakwa bahawa Abdul Razak Baginda telah didakwa di mahkamah Perancis.

Carian pantas oleh seorang rakan tidak menemui berita seperti itu dari AFP.

Artikel telah dipadam oleh AFP

Saya mendapati ianya mustahil bahawa perkara besar seperti itu tidak memasuki walau kolum kecil pada portal AFP.

Hari ini, U-Turn Mahathir mendedahkan bahawa pembelian Scorpene tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat kabinet. Ia dilaporkan lagi oleh Malaysian Incite. Mungkin Ketua Editor portal itu minum terlalu banyak ketika happy hours dengan Tokong.

Bagaimanapun, Mahathir boleh menipu anak mua seperti Ketua Amanda Pribumi, Syed Sajat. Orang yang lebih matang akan tahu kebenarannya.

Mahathir 'Top Dog' Perlu Sedar Dirinya Hanya Boneka Pembangkang


Baca juga: Scorpene: AFP, Sumber Laporan Media Pro Pembangkang Telah Padam Artikel Mereka?
Baca juga: Razak Baginda Nafi Didakwa Di Mahkamah Perancis Berkaitan Pembelian Scorpene

Lampu hijau untuk pembelian Scorpene telah diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1995. Saya akan membiarkan anda untuk menamakan mereka. Perundingan dijalankan mengikut prosedur kontrak perolehan pertahanan.

Pada bulan Jun 2002, kontrak itu ditandatangani selepas mendapat kelulusan akhir Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri. Sekali lagi, saya akan membiarkan anda meneka namanya.

Termasuk dalam kontrak ini ialah pembelian kapal selam Tentera Laut Perancis (kini sebuah muzium di Melaka) yang akan bertindak sebagai platform latihan bagi kapal selam di Malaysia selama empat tahun.

Jawatankuasa komersil terakhir diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang menyerahkan laporan pemerolehan itu. Pada ketika ini, Kementerian Pertahanan tidak lagi terlibat.

Pada tahun 2012 dahulu, Mahathir berkata bahawa samada beliau ataupun Najib Razak tidak terlibat dalam pemerolehan kapal selam Scorpene. Para blogger pembangkang beramai-ramai mengaitkan Mahathir dan Daim Zainuddin dengan pembelian.

Oleh itu, bagaimana Mahathir boleh dilepaskan oleh Pembangkang dan kini beliau mendakwa beliau akan menyekat pembelian jika beliau ketahui mengenainya dahulu?

Sumber: Seademon