3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang Ditahan SPRM

3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang Ditahan SPRM

Misteri keengganan kerajaan Selangor muncul satu-satunya negeri masih berdolak-dalik enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) akhirnya terbongkar

Tiga kakitangan Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa termasuk setiausaha politiknya sendiri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah, direman empat hari sehingga Isnin ini.

Media melaporkan, permohonan reman tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang Ditahan SPRM

Tiga suspek terbabit kemudian dibawa keluar dari IPD tersebut sambil dikawal sepasukan enam pegawai SPRM Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12.08 tengah hari Jumaat setelah dibawa masuk sebelum itu pada 10.05 pagi.

Mereka terdahulu ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang dan lokap IPD Dang Wangi sementara menunggu reman. Sivarasa bersama dua lagi peguam dilihat ke IPD itu 10 minit sebelum suspek dibawa masuk.

Namun Sivarasa dalam kenyataan media berkata beliau yakin dengan integriti tiga pegawainya. Mereka ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen pembangkang itu.

“Saya menolak tuduhan ini terhadap kakitangan saya. Saya kenal baik kakitangan saya, terutamanya Naveen yang juga anak saudara saya. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap integriti mereka,” dalih Sivarasa lagi.

3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Subang Ditahan SPRM

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukanlah subjek kepada siasatan itu. Tiga kakitangan tersebut iaitu Naveen Kularasa, Joshua Kalaiselvan dan NicoKam dilaporkan ditahan berkaitan urusan imigresen semalam.

Setiausaha politik itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur jam 8 malam tadi, selepas pasukan penyiasat berjaya menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan RM20,000.

Sumber media memaklumkan, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam. Setiausaha Politik tersebut difahamkan baru berusia 45 tahun.

Maklumat awal mengatakan syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh tetapi dengan menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek terbabit.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang sebanyak RM55,000 konon bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A)Akta SPRM 2009.